Pertembungan UMNO antara Hisham, Zahid

PERTEMBUNGAN di antara Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein sudah menjadi perkara pasti berlaku.

Bagi Ahmad Zahid, keputusan untuk mengekalkannya sebagai Presiden dilihat mampu menjadi penampang untuk mengelak dirinya dipenjarakan kerana dakwaan 47 kes mahkamahnya termasuk rasuah dan penggubahan wang haram.

Sesiapa sahaja dalam keadaan terdesak akan memilih untuk menyelamatkan diri terlebuh dahulu berbanding untuk menyelamatkan parti dan negara,

Semua pertuduhan dianggap sebagai dakwaan politik sama seperti mentornya apabila didakwa atas kes liwat i dan liwat 2, juga dimaklumkan kepada dunia bahawa dia didakwa kwerana politik, bukan kesalahan jenayah.

Sama seperti kes itu, penyokong akan terus menyokong walaupun rakyat terbanyak melihat hal itu sebagai kebenaran.

Ahmad Zahid, 67, menghadapi 47 pertuduhan, dengan 12 daripadanya bagi pecah amanah (CBT), lapan bagi rasuah dan 27 bagi pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Oleh sebab masih ramai penyokong Ahmad Zahid kini memegang jawatan utama di peringkat bahagian, yang kini menjadi ketua bahagian dan timbalan ketua bahagian, maka sokongan kepadanya masih tinggi.

Ya, tentunya dengan sokongan bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga terpalit dengan isu mahkamah, menjadikan Ahmad Zahid begitu kuat di kalangan warlord UMNO.

Bolehkah Hishamuddin mengalahkan Ahmad Zahid?

Sukar.  Sangat sukar.  Tetapi tidaklah mustahil kerana pemilihan jawatan Presiden tidak lagi menggunakan kaedah sokongan semata-mata kumpulan teratas Bahagian, bahkan peringkat cawangan pun kini layak memberi undi untuk jawatan tertinggi parti.

Hisham perlu bekerja lebih kuat untuk menyusun barisannya termasuk berkompromi dengan Timbalan Presiden kini, Datuk Mohammad Hasan yang juga mungkin akan berminat untuk ke jawatan Presiden.

Jika tiga atau empat penjuru berlaku juga seperti mana sebelum ini undi akan berpecah kepada Tungku Razaleign dan Khairi Jamaluddin, sedangkan jika dijumlahkan undi di antara kedua-dua itu mengalahkan Ahmad Zahid.

Dari segi ini, Ahmad Zahid tidaklah terlalu kebal untuk dikalahkan cuma memerlukan strategi dan langkah yang cekap.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.