Masalah UMNO Hanya Satu – Pucuk Pimpinan

Berbanding dengan parti lain, UMNO mempunyai kekuatan tersendiri khususnya jentera akar umbi yang menggerakkan parti berkenaan sejak merdeka hingga kini.

Tidak banyak parti yang mempunyai jentera yang kuat di seluruh negara walaupun bilangan parti agak banyak hatta parti boleh mewakilkan ahlinya sebagai Perdana Menteri, tetapisebahagiannya tidak mempunyai akar umbi.

Parti yang mempunyai akar umbi yang kuat ialah UMNO, PAS dan DAP.

Ketiga-tiga parti ini juga mempunyai sejarah lama dalam negara ini dan pernah membuat penjajarannya tersendiri seperti DAP bekerjasama dengan PAS untuk melawan Barisan Nasional.

Ketika kebanyakan rakyat sudah tidak lagi mahu melihat negara dipimpin oleh Datuk Seri Rosmah Mansor dalam PRU-14 pada tahun 2018, kebanyakan pemimpin UMNO masih percaya mereka mendapat sokongan majoriti.

Maka, yang berlaku pada 10 Mei 2018, sejarah mencatatkan UMNO ditumbangkan sebagai pemerintah negara sejak merdeka.

Jika Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan dan berundur sebagai Presiden Parti atau sekurang-kurangnya bercuti ketika rancak isu 1MDB, UMNO tidaklah tersungkur sebagai kerajaan.

Keadaan semasa kini, sekali lagi pucuk pimpinan tercemar dengan isu rasuah dan penggubahan wang haram yang sedang dibicarakan di mahkamah dengan lebih 47 kes, tetapi beliau tidak juga mahu turun atau terus bercuti.

Rakyat melihat tindakan untuk terus kekal sebagai Presiden UMNO untuk membolehkan beliau tawar menawar kes peribadinya di mahkamah, sekurang-kurangnya boleh menangguhkan kes atas sebab-sebab tertentu.

Desakannya atas nama Barisan Nasional (BN)  untuk mendesak kerajaan mengadakan sidang parlimen sekali lagi dilihat sebagai usaha untuk melambat-lambatkan kes mahkamahnya.

Usaha mengheret ahli-ahli akar umbi UMNO untuk sama-sama dalam kes peribadinya membabitkan berpuluh juta wang Yayasan Akal Budi akan menyebabkan rakyat sekalilagi akan menolak UMNO.

Memanglah betul masih banyak ketua-ketua bahagian memberi sokongan penuh kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi walaupun kini sedang berdepan kes jenayah rasuah, sama seperti sokongan kepada Najib dan Rosmah pada tahun 2018.

Satu cara untuk selamatkan parti itu dilihat oleh rakyat sebagai parti bersekongkol dengan penjenayah adalah untuk Presiden parti mengundur diri dan memberikan jawatan itu kepada pemimpin yang lebih bersih dan kelihatan bersih.

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.