Ilham PM Laksana Umrah Untuk PRU-15

Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menjadi Perdana Menteri melaksanakan umrah ke Makkah pada 11 Januari 2018, dan pada 9 Mei 2018, pilihan raya umum ke-14 diadakan.

Saat ini, 9 Mac 2021, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyempurnakan umrah di Makkah dan mengadakan ziarah di Madinah, walaupun negara ini diisytiharkan darurat.

Ini memberi isyarat betapa pentingnya umrah dan ziarah Perdana Menteri ke Tanah Suci kali ini.

Untuk menyelesaikan kekusutan darurat kali ini, bukan sahaja perlunya bantuan vaksin untuk mencegah penularan Covid-19, bahkan juga perlukan ubat penawar kemelut politik melalui piluhan raya umum.

Jika Najib pada pilihan raya lalu mengambil masa sekitar empat bulan untuk mengadakan PRU-14, dan Muhyiddin dijangka mengambil tempoh masa sama untuk membubarkan Parlimen dan seterusnya mengadakan pilihan raya.

Seolah-olah Tanah Suci memberikan ilham untuk mengadakan pilihan raya atau Perdana Menteri mengambil berkat Haramain sebelum mengadakan pilihan raya.  Ada yang nakal sikit berpendapat,

Tanah Suci akan mengalirkan sedikit wang poket tanpa audit kerana pilihan raya memerlukan perbelanjaan yang besar persis kos perang.

Ketika meluahkan rasa bersyukur kerana dengan izin Allah, Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud mengizinkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memasuki Kaabah, hatta ke dalam Kaabah, beliau meluahkan rasa syukur:

“Beroleh keizinan Allah SWT untuk kembali ke Tanah Suci menjejakkan kaki di Masjidilharam seterusnya menunaikan ibadat umrah malam tadi merupakan satu nikmat yang amat saya syukuri dengan penuh rendah hati.

“Sebab itu, semalam semasa menunaikan umrah dan berada di dalam Kaabah, saya bagi pihak rakyat khususnya umat Islam di Malaysia berdoa dengan sesungguhnya, semoga kita semua sentiasa berada dalam perlindungan-Nya, seluruh dunia bebas daripada wabak penyakit dan umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia dapat segera kembali berpeluang ke tanah suci sebagai tetamu Allah,” katanya dalam hantaran di laman Facebook rasminya malam kelmarin.

Doa Muhyiddin untuk seluruh umat Islam khususnya untuk semua kita yang tentu rindu kepada kaabah yang dibina sejak zaman Nabi Ibrahim sebagai kiblat tauhid untuk menyatukan semua manusia.

Sejak zaman Nabi Ibrahim a.s Kaabah menjadi magnet spritual dan politik tetapi aspek politik jarang sekali disentuh dalam literatur atau diperbincangkan umum kini sama ada politik peringkat nasional atau antarabangsa.

Perdana Menteri berkata lebih membuatkan beliau sebak dan bersyukur apabila dengan izin Allah SWT, Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud telah memperkenankannya memasuki Kaabah.

Umrah Muhyiddin kali ini sebahagian daripada rangka kerja lawatan rasmi enam hari ke Asia Barat, bagi memenuhi jemputan Raja Arab Saudi, Yang Teramat Mulia Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud.

Muhyiddin berkata hari ini beliau dan isterinya turut ke Madinah untuk melakukan ziarah ke makam Rasulullah SAW dan Masjid Nabawi sebelum memulakan program rasmi sempena lawatan ke Arab Saudi itu.

Beliau seterusnya akan ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk bertemu dengan Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan dan Perdana Menteri UAE yang juga Pemerintah Dubai Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum.

Perdana Menteri akan mengadakan lawatan rasmi ke UAE sehingga 11 Mac.

Perdana Menteri, yang selesai menunaikan Umrah pada 10 malam Sabtu (3 pagi Ahad waktu Malaysia), turut diberi peluang memasuki Kaabah.

Muhyiddin, yang menjadi ketua kerajaan pertama diberi peluang masuk ke dalam Kaabah selepas lebih setahun ditutup   berikutan   wabak   COVID-19,   turut   berkongsi   video   perjalanan   ibadat   umrah   yang    dilakukan bersama isterinya Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.