DAP, PKR Paling Gembira Keputusan UMNO Cerai Talak BERSATU

Silat politik biasanya hanya difahami di kalangan sebahagian orang yang meneliti secara dekat dan halus setiap langkah dan rentak yang diambil oleh sesuatu parti politik, dan kemungkinan besar akar umbi yang berada dalam kolam itu tidak sempat untuk memahaminya.

DAP dan PKR adalah dua parti politik yang sangat gembira kerana berjaya memecah perpaduan teras bangsa Malaysia apabila mengheret UMNO membenci BERSATU, sekali gus melemahkan kerajaan Perikatan Nasional.

Naratif DAP dan PKR tidak mahukan bangsa Melayu Bumiputera Islam berjaya membentuk kerajaan yang menjadikan Bumiputera sebagai teras pembentukan negara bangsa, sebaliknya mereka mahukan kaum lain mengatasi Melayu dan Bumiputera kononnya atas nama kesaksamaan.

Sedangkan, ruh Perlembagaan Persekutuan mahukan teras negara ini iaitu Bumiputera mesti diperkasakan agar mereka dapat bersama-sama mengecapi kekayaan negara, bukan hanya dimonopoli oleh kaum bukan Bumiputera, seperti mane peruntukan Perkara 153 Perlembagaan.

Perhimunan Agung UMNO yang baru berlangsung memperlihatkan ketidakupayaan minda pucuk pimpinan UMNO untuk memahami silat politik PKR dan DAP.

Mereka mungkin merasakan telah berjaya memproklamasikan sebagai pertubuhan Melayu yang teramai ahli seramai kira-kira tiga juta ahli dan mahukan terus menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kanan sebagaimana telah berlaku sebelum PRU-14.

Matrik parti politik sudah berubah yang kemuncaknya ditunjukkan dalam keputusan PRU-14 pada 10 Mei 2018 yang menayksikan Pakatan Harapan (PH) berjaya menundukkan UMNO sebagai pemerintah.

Kerajaan PN goyah dengan taktik Anwar yang cucuk hidung Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hingga mengheret UMNO membenci BERSATU yang bertanggung jawab menggagal kerajaan PH kerana impian Anwar jadi Perdana Menteri.

Kalau dulu Jho Low berjaya mencorak rentak tari UMNO melalui Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga BN kalah PRU-14, sekarang skrip sama digunakan untuk PRU-15.

Lihat catatat pensyarah UUM, Dr Kamarul Yusof dalam facebooknya.


UMNO PERLU DIAJAR UNTUK BERUBAH: DR MOHAMMAD TAWFIK YAAKUB

Walaupun saya biasa membaca komentar-komentar beliau, Khamis, 25 Mac 2021, lalu adalah kali pertama saya mewawancara Dr Mohammad Tawfik Yaakub, Pensyarah Kanan dari Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran (FEP), Universiti Malaya (UM).

Terkejut besar saya bila mendengar kelantangan beliau berhujah menjawab beberapa soalan spontan yang saya kemukakan kepada beliau dalam WEBINAR PINTAR 5 bertajuk “PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2020: KE MANA HALA TUJU UMNO?”.

Berikut disertakan beberapa pandangan lantang beliau mengenai hala tuju UMNO:

(1) “UMNO ini perlu belajar. Apabila diajar yang pertama dalam PRU yang akan datang, jika dia hilang banyak lagi kerusi sehingga hanya kekal mungkin lima kerusi, UMNO akan berubah. Itu caranya untuk mengajar UMNO supaya berubah dan membentuk satu dinamik politik baru yang lebih kuat.”

(2) “Kalau perubahan tidak dilakukan segera dalam UMNO, PRU 15 ini merupakan satu PRU yang akan membenamkan UMNO itu terus daripada untuk menerajui kerajaan. Dan bagi saya, saya melihat keberanian dalam UMNO itu perlu diserlahkan dengan kadar segera.”

(3) “Perlu dikorbankan dinosaur-dinosaur purba dalam UMNO ini kerana UMNO ini walaupun umurnya panjang, sebelum merdeka, tetapi UMNO ini tidak belajar daripada BERSATU yang membuang Pengerusinya, UMNO ini tidak belajar daripada MIC yang membuang Palanivel sebagai Presidennya.”

(4) “Saya suka untuk melihat dinosaur purba seperti Presiden mantan Presiden itu tidak ada lagi dalam parti dalam tempoh terdekat. Kalau nak remajakan UMNO, remajakan dengan betul-betul remaja, bukan setakat jenamakan, tukar nama dan akhirnya jiwa itu jiwa purba.”

(5) “Perlu dikorbankan seorang dua pemimpin tertinggi dalam UMNO itu untuk masa depan UMNO itu sendiri. Kita tidak boleh mengorbankan parti demi pemimpin tetapi perlu mengorbankan pemimpin untuk parti.”

(6) “Apabila seorang Presiden itu sebenarnya turut digolongkan sebagai Kluster Mahkamah, salah seorang dalam Kluster Mahkamah, dan mustahil bagi saya Presiden akan mengambil tindakan kepada Presiden itu sendiri, jadi adakah Majlis Tertinggi berani atau tidak mengambil pendirian untuk menggantung ataupun merehatkan Presiden ini? Sebenarnya bergantung kepada keberanian Majlis Tertinggi dan suara yang akan dibawa dalam Perhimpunan Agung

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.