Hari-hari Terakhir Zahid Hamidi Sebagai Presiden UMNO

SANGAT besar kemungkinan ucapan di Perhimpunan Agung UMNO pada 28 Mac lalu menjadi ucapan terakhir Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Desakan demi desakan akar umbi untuk Presiden UMNO itu meletak jawatan berkemundang di sana-sini kerana kebanyakan ahli UMNO khuatir parti keramat terbesar dengan keahlian lebih tiga juta dalam negara ini akan berkubur menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Malahan, akar umbi mahukan Ahmad Zahid menamakan individu lain sebagai calon jawatan Perdana Menteri bagi menghadapi PRU-15 kerana beliau sedang menghadapi pertuduhan di mahkamah atas kesalahan rasuah dan penggubahan wang haram.

Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman misalnya mahukan Ahmad Zahid melepaskan jawatan dan meninggalkan tanggungjawab sekiranya difikirkan tidak lagi mampu menguasai ahli Majlis Tertinggi (MT) parti.

Pada Januari lalu, beberapa kain rentang dipasang mendesak Ahmad Zahid meletak jawatan sebagai Presiden UMNO.

Ahli Parlimen Bagan Datuk ini kini berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram, membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Di bawah kepemimpinan Ahmad Zahid bukan sahaja UMNO tidak dihormati lagi oleh rakyat kerana dilihat menggunakan jawatan untuk membebaskan dirinya daripada pelbagai dakwaan di mahkamah, malahan perpaduan dalam Barisan Nasional juga kelihatan menghampiri titik noktah.

MIC sudah mula menjauhkan diri daripada UMNO kerana parti itu kelihatan sombong dan mahu mengambil semua kerusi MIC di seluruh negara.

Dalam PAU baru-baru ini, beberapa ahli UMNO menyatakan keinginan untuk bertanding secara solo dan mengambil balik kerusi MIC di beberapa kawasan MIC kelah berkali-kali.

MCA juga tidak kelihatan mesra lagi dengan UMNO kerana UMNO mahu meninggalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN), sedangkan PN memberikan jawatan Menteri dan timbalan menteri kepada mereka.

Surat sokongan Presiden Umno, Ahmad Zahid untuk Yang di-Pertuan Agong melantik Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai perdana menteri kembali berkemundang kerana surat ini diakui tulen seperti dinyatakan bekas Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata PAU “senyap” tentang perkara itu walaupun dokumen itu, yang dikatakan ditandatangani sendiri oleh Zahid, tidak pernah dinafikan.

Surat yang disebut Annuar merujuk kepada dokumen yang beliau tunjukkan pada sidang media Januari lepas, bertarikh 11 Okt yang dikatakan ditulis Zahid kepada Agong, menyatakan sokongan Ahli Parlimen Umno kepada Anwar sebagai calon perdana menteri kesembilan, sekali gus menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasiona

Hari ini muncul pula perbualan intim antara Ahmad Zahid dan Anwar memperlekehkan ahli-ahli UMNO.

Kandungan perbulaan itu, antara lain memaparkan perbualan di antara dua individu yang berkisar soal perjalanan PAU sebelum ini, yang menyaksikan pendirian UMNO untuk tidak bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, dipersetujui sebulat suara perwakilan PAU.

Dalam audio itu, turut disentuh mengenai pendirian menteri dari UMNO yang didakwa kedua-duanya tidak berani untuk meletakkan jawatan menteri yang disandang mereka.

Bagaimanapun, Ahmd Zahid telah menafikan perkara ini. Sedangkan, surat sokongan kepada YDP Agung untuk lantik Anwar sebagai Perdana Menteri tidak dinafikan oleh beliau sendiri, kecuali oleh kakitangannya.

Kemelut ini nampaknya seperti akan mengheret Presiden UMNO itu untuk meletak jawatan, kecuali beliau ingin melihat rakyat menolak sekali lagi UMNO dalam PRU-15.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.