Bahang Politik II

Ahh, dah dua bulan berlalu macam-macam cerita politik timbul. Ingat tak masa aku ajak kau keluar waktu PKP dua bulan lepas, ceritanya tak ada lah sampai macam ni. Aku rasa kau pun tak jangka kan?

Tak.

He he… jadi kau ni tak ada lah sampai boleh orang anggap professor serba tahu.

Tak pernah pun aku cakap aku professor serba tahu, Sohil.

Serius je bunyi, kau belum buka posa lagi ke? Ha ha.

Dah, cuma tak cukup kenyang. Aku buka dengan segelas teh ais dengan sebiji kuih je. Tolong jaga sikit bahasa kau ya, lapar-lapar macam ni orang mudah hilang sabar, ha ha.

Hm, kalau kau hilang sabar malam ni kira pecah rekod la Zuki. Tak pernah lagi kau hilang sabar depan aku.

Hmm. Hmm.

Apa yang hmm, hmm-nya?

Ya lah. Betul lah apa kau cakap tu. Atau kau nak aku tambah lagi? Boleh je kalau kau nak. OK macam ni ya: Aku, Zuki, seorang manusia atas dunia yang sangat anti hilang sabar! Ha ha ha.

Yeah, aku tepuk. Klap, klap, klap 😆

……………..

OK Sohil tadi kau buka posa dengan apa?

Nasi beriani.

Dengan Mira?

Tak. Mira outstation sejak minggu lepas lagi. Aku buka kat kedai depan dataran tu sorang-sorang. Kemudian kawan aku yang tukang bancuh air tu join. Berteman la jugak… tak macam kau.

Ya, aku sejak empat hari posa ni memang buka sorang-sorang je.

Kau sendiri yang pilih nak buka sorang-sorang kan? Bukan aku tak kenal kau.

La, pukul 6 tadi aku kan ada call, kau yang tak boleh datang.

Tak sempat. Nak sampai tempat kau pun 15, 20 minit. Kena pegang stereng. Sesak la, kereta banyak masa dekat-dekat dah nak buka.

Alah, kalau nak, seribu daya. Cakap je la kau tak nak datang. Sekarang pun aku yang datang tempat kau, sanggup datang sejuk-sejuk naik motor ni, bukannya pandu kereta.

Betul la. Tiap malam sejuk sekarang ni. Tak apa, balik nanti aku hantar kau, kau tinggal motor kau tu kat sini.

Takpe, aku okay je la Sohil. Dah biasa.

Lama dah aku tak tanya pasal kerja kau. Masih setia kat tempat lama tu? Itu pun kalau kau nak bagi tahu.

Tak nak bagi tahu. He he.

Orait. Terpulang.

Tipikal lah cakap pasal kerja ni, Sohil. Kerja yang aku buat kat tempat lama tu macam tak perlu fikir apa-apa. Pejam mata pun jalan. Aku tak rasa berlaku apa-apa yang membina dalam hidup aku. Kadang-kadang aku rasa duduk sembang-sembang dengan kau ni pun lagi membina dari aku buat kerja kat situ. Kau sendiri macam mana? Semua okay?

Aku pun Zuki, aku rasa aku pun tak ada beza sangat dengan kau. Cuma aku ada Mira. Bila aku rasa macam kosong, Mira sentiasa ada. Mira yang buat aku rasa ada perkara lain yang boleh buat aku rasa lebih hidup. Perkara itu tak ada di tempat kerja. Politik, politik tempat kerja, ya, yang tu banyak.

Aku sebenarnya dah lama tak kerja kat situ kalau kau nak tahu. Aku dah rasa lemas. Tempat tu bukan tempat yang aku rasa aku sedang membawa hidup yang membina.

Jadi sekarang?

Sekarang? Sekarang aku ada depan kau la ni. Sekarang yang macam mana maksud kau?

Maksud aku apa yang kau buat sekarang… nak makan, nak minum, bayar rumah?

Tak ada buat apa-apa. Aku hidup dengan sisa-sisa duit yang ada. Aku ciput.

OK lah. Makan minum malam ni aku setel semua. Kau boleh bungkus kalau kau nak untuk sahur nanti. Oh ya, satu lagi apa pendapat kau tentang politik Zahid Hamidi?

Dia? Aku rasa politik dia dah past time. Hmm.

– lokasi di kedai minum, 10 malam

– bersambung

Bahang Politik ialah tulisan bersiri dari cerita hidup semasa seorang warganegara bernama, Sohil.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.