Orang Biasa-Biasa

Kau kenal ke Yang DiPertua Majlis yang baru dilantik tu? Tanya kawan karibnya waktu maghrib tadi ketika duduk semeja berbuka puasa.

Mana la aku nak kenal siapa dia Lan, aku ni kan cuma orang biasa-biasa saja. Jawabnya.

Nada suaranya ketika menjawab pertanyaan kawannya itu senada sahaja. Tidak menekan. Tidak ada bunyi berapi-rapi bersemangat. Tidak juga membujuk.

Namun ada elemen defensif bila diperhalusi dari nada suaranya. Dia mengaitkan dirinya hanyalah orang biasa-biasa saja, yang menjadi alasan dia tidak mengenali pun siapa Yang DiPertua Majlis yang baru dilantik itu.

Dalam kehidupan, bila disebut orang biasa-biasa, gambaran orang macam manakah yang biasanya akan tergambar di kepala?

Antara seorang kontraktor pembinaan yang berjaya dengan seorang peniaga kuih di bazaar Ramadhan, siapakah yang akan tergambar sebagai orang biasa-biasa saja?

Mungkin perbandingan antara keduanya itu terlalu menjolok. Seorang membawa Nissan 4 wheel drive model baru dan seorang lagi Nissan C20 lama. Yang mewakili orang biasa-biasa tentulah si peniaga bazaar akan tergambar di kepala.

Dalam perbincangan ideologi, orang biasa-biasa ini dirujuk sebagai kaum buruh. Istilah sejagat yang diberikan ialah proletariat. Manakala lawan kepadanya ialah kaum pemodal. Istilahnya bourgeoisie.

Pertembungan dua ideologi ini pernah memisahkan dunia kepada dua kutub. Satu kutub berpaksi pada kapitalis / kaum pemodal, dan satu kutub lagi berpaksi pada sosialis / kaum buruh.

Kawan karibnya tadi, Lan, yang bertugas sebagai seorang tutor di sebuah kolej jururawat swasta hanya mengangguk-ngangguk perlahan mendengar jawapannya. Menunjukkan dia sedia maklum.

Kenapa kau tanya aku kenal ke tak siapa Yang DiPertua baru dilantik tu, Lan? Dia pula yang mengusul pertanyaan kepada karibnya.

Ya lah… kalau kau kenal siapa dia, mudahlah sikit berhubung terus kalau nak berurusan apa-apa. Jawab Lan.

Aduhh, nasib tak baiklah kalau macam tu. Sebab aku tak kenal. Jawabnya balik.

Selepas dia balik ke rumah, selepas menunaikan solat terawih berseorangan, dia mula berfikir dengan hidup sebagai orang biasa-biasa maka banyak perkara yang sepatutnya boleh diurus dengan licin dan mampu berkembang ke depan, biasanya akan jadi tersekat-sekat di tengah jalan.

Dalam fikirannya ia bukanlah bermaksud berkait dalam hal ekonomi sahaja. Seperti perbualannya dengan Lan waktu berbuka tadi. Hal ekonomi hanyalah satu bahagian saja darinya.

Ia lebih jauh dari itu. Orang biasa-biasa bukanlah orang yang mampu mengubah dunia. Jauh sekali menjadi seorang revolusioner.

Rasulullah bukan orang biasa-biasa. Ketakwaannya, keikhlasannya dan kebijaksanaannya. Che juga bukan orang biasa-biasa. Keyakinan pada ideologinya. Einstein juga bukan orang biasa-biasa, kegeniusannya.

Jadi orang biasa-biasa yang berpsikologi defensif bukanlah satu pilihan, kata fikirannya. Maksudnya di situ bukan satu pilihan untuk hidup!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.