Pena & Peristiwa

Kolumnis media menghidang tulisan berkala untuk santapan pembaca. Dahulu, sebelum muncul media atas talian, tulisan kolumnis bercetak di akhbar dan majalah menjadi suatu santapan yang ditunggu-tunggu pembaca. Keadaan itu masih juga berlangsung sehingga hari ini meskipun darjah menunggu-nunggu itu tidaklah setinggi dulu mungkin.

Bagi penulisan dari kolumnis yang sentiasa menghidang menu baru untuk santapan pembacanya, tempoh masa menunggu itu boleh sampai ke tahap berdebar-debar. Misalnya timbul pertanyaan ‘apa analisisnya kali ini? Apakah ia siri sambungan dari minggu sebelumnya? Atau adakah kolumnis itu akan menganalisis isu panas semasa?

Bila tiba harinya awal-awal lagi surat khabar atau majalah yang ditunggu itu akan berada di tangan pembaca setia. Macam seorang mat gian yang menunggu barang sampai, walaupun belum lagi menyalai barangnya, seluruh tubuhnya serta-merta jadi lega kerana barang yang sudah di tangan itu telah melupuskan rasa debarnya.

Sejauh manakah seorang kolumnis yang disegani, yang popular berjaya mengolah lalu mempengaruhi fikiran pembaca?

Apabila sentuhan fikiran dari kolumnis yang memecah dan menganalisis sesuatu peristiwa tersebar menerusi media yang diwakilinya, kemudian hasil analisisnya itu menjadi bualan di sana-sini di kalangan pembaca termasuk juga bukan di kalangan pembaca kerana mereka juga turut mendengar isi bualan tadi, jadi tulisannya itu boleh dianggap sudah berjaya mendapat tempat dalam kehidupan harian semasa.

Pengaruh darinya mungkin sampai ke tahap menggugat norma pemikiran sedia ada, yang akhirnya boleh memunculkan pula suatu kefahaman baru dalam kehidupan di sana, di tempat di mana tulisannya itu tersebar.

Mungkin dari sinilah munculnya perumpamaan yang mengatakan mata pena itu lebih tajam dari mata pedang. Iaitu idea dari penulisan lebih besar kesannya dari menghayun pedang untuk mengubah keadaan.

Dalam ingatan kolektif pembaca, nama-nama kolumnis yang berpengaruh ini akan kekal terpahat. Himpunan tulisan mereka dikumpul dan banyak yang dibukukan untuknya terus kekal menjadi sebahagian dari sejarah.

Suatu sejarah yang berpusat kepada kegiatan memerah fikiran yang berusaha untuk memahami sesuatu peristiwa dalam kehidupan manusia, menerusi pena.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.