Faktor Muhyiddin Yassin…

Sehingga ke tempoh semasa, Umno sudah menolak untuk bersama dengan Bersatu dalam PRU 15 nanti. Itulah keputusannya dalam PAU yang lepas. Itulah cerita yang didengar dan dibaca oleh para pengikut isu politik semasa.

Sebelum apa yang berlaku di PAU dan sebelum surat daripada presiden Umno kepada presiden Bersatu terdedah kepada umum, seorang pemimpin Umno sendiri telah membuka cerita ini. Pemimpinnya, Puad Zarkashi berkata sudah menjadi rahsia terbuka bahawa Umno akan memutuskan hubungan dengan Bersatu.

Cerita pendirian presiden Umno tentang hubungannya dengan Bersatu bukan hanya baru timbul dari isi suratnya kepada presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebelum ini presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi bersama bekas presiden Datuk Seri Najib Razak pernah secara bersembunyi mengutus surat kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong memberitahu Baginda bahawa beliau dan Datuk Seri Najib menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri menggantikan Muhyiddin Yassin.

Surat kepada Baginda itu sebagai tanda mengesahkan bahawa Anwar Ibrahim mempunyai cukup majoriti di kalangan ahli parlimen yang menyokongnya untuk menjadi perdana menteri. Namun perkara itu tidak menjadi kenyataan. Muhyiddin sebaliknya hingga kini terus kekal sebagai perdana menteri.

Untuk mengubah keadaan ini, dengan meletakkan Anwar sebagai perdana menteri dan mengeluarkan Muhyiddin dari pejabat nombor satu Putrajaya, Zahid Hamidi bersama penyokong politiknya dalam PAU telah bertindak dengan ketetapan Umno tidak akan bersama Bersatu dalam PRU 15 nanti.

Di sini timbul satu persoalan: adakah Umno mahu memutuskan hubungan politik dengan Bersatu hanya kerana Umno dan Bersatu tidak sebulu dalam politik, tidak sama rata perkongsian kuasa antara keduanya…

Atau cerita sebenar di belakangnya ialah kerana faktor Muhyiddin itu sendiri? Kerana Muhyiddin ialah perdana menteri? Maksudnya bukan disebabkan oleh faktor kepartian, sebaliknya faktor pokok ialah faktor individu. Dan individu itu ialah Muhyiddin Yassin.

Jika Zahid Hamidi, Najib Razak dan barisan penyokong mereka betul-betul percaya (seperti yang mereka selalu dakwa) bahawa Umno lah parti keramat untuk membela nasib bangsa dan negara, kenapa mereka memilih bukan calon dari Umno sebagai perdana menteri? Kenapa mengutus surat kepada istana memberi undi kepada Anwar sebagai perdana menteri?

Jika benar parti Umno ialah parti keramat untuk bangsa dan negara, tentu sajalah parti Umno lah yang harus menjadi tulang belakang pemerintahan negara. Kapten kapal yang memandu kapal bernama Malaysia ini ialah dari Umno.

Jalan cerita ini seperti menunjukkan Umno sudah mengalah dari awal, bahkan sanggup memberi kunci ofis nombor satu negara kepada pihak lain – asalkan bukan Muhyiddin Yassin.

Bagi pemerhati serius politik negara tentulah sudah sedia maklum kenapa Zahid Hamidi dan Najib Razak tidak mahukan Muhyiddin daripada terus menjadi perdana menteri Malaysia.

Seperti yang telah didedahkan oleh media dalam satu pertemuan Zahid Hamidi dengan Muhyiddin sendiri, Muhyiddin pernah berkata di depan Zahid yang dia tidak akan mencampuri urusan mahkamah.

Sebagai seorang kawan katanya dia berdoa mengharapkan Zahid Hamidi bebas dari sabitan kes mahkamahnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.