Jumpa Di Mahkamah

Satu frasa yang sedap didengar dan bulat maksudnya keluar dari Tun Mahathir beberapa hari lepas.

“I will see him in court.”

“Saya akan jumpanya di mahkamah.”

Frasa itu merujuk kepada satu notis tuntutan daripada bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang menuntut Mahathir memohon maaf secara terbuka kepadanya dalam tempoh 7 hari.

Khalid juga menuntut Mahathir menarik balik kenyataannya yang disiar dalam sebuah portal berita tempatan. Kenyataan itu disifatkan tidak benar, menjejaskan reputasi serta maruahnya sebagai bekas Ketua Polis Negara.

Portal itu pada 16 April lalu mengeluarkan berita yang bertajuk: Khalid Abu Bakar bocor rancangan pada Najib.

Khalid menuntut Mahathir memohon maaf secara bertulis dalam portal tersebut dan termasuk juga dalam mana-mana akaun media sosial milik Mahathir. Beliau juga menuntut Mahathir untuk membuat aku janji tidak akan mengulangi lagi kenyataan yang sama baik secara lisan atau bertulis.

Jika ia gagal dipenuhi, Mahathir bakal berdepan dengan saman 10 juta.

Khalid menghantar notis tuntutan itu pada 22 April. Pada 4 Mei Mahathir memberi respon di akaun media sosialnya | FB.

I’ve received the letter of demand from Ex-IGP Tan Sri Khalid Abu Bakar.

I’ve instructed my lawyers to respond to it.

I will see him in court.

Dr Mahathir bin Mohamad
4th May 2021

Daripada ketiga-tiga ayat yang dipos oleh Mahathir itu, tidak ada seorang pun yang berakal waras, yang nonpartisan, yang terbuka – akan mendakwa tiga ayat itu bukan ditulis oleh Mahathir. Mereka mungkin reserve ada kemungkinan tiga ayat itu datang dari tangan peguam Mahathir.

Namun setelah menimbangkan dari pelbagai sudut dan mengambil kira personaliti Mahathir itu sendiri, mereka akan memberat pada akhirnya balik kepada Mahathir. Tangan Mahathir sendiri yang menulisnya.

Cuba bayangkan Mahathir duduk di kerusi di meja kerjanya, memegang sebatang pen di tangan kemudian menurunkan pen itu di kertas putih dan tiga ayat tadi terbentuk.

Pernah tak anda bayangkan susuk Mahathir di meja, tangan memegang pen, kertas nota putih sedia di mejanya untuk meletak catatan… sungguh benar-benar menampakkan beliau seorang tokoh?

Dengan andaian anda termasuk salah seorang dari kelompok sentimentalis. Kalau bukan, abaikan.

Perkataan pertama dari ketiga ayat tersebut bermula dengan kata nama saya. Meletakkan saya di depan memberi kekuatan kepada maksud ayat. Ini dalam konteks memberi makluman atau kenyataan yang bersifat individu.

Kata nama saya yang berurutan di atas juga memberikan petunjuk penulisnya menulis dengan tidak melibatkan orang lain, melainkan dirinya seorang. Dia meletakkan tanggungjawab sepenuhnya pada dirinya dalam tiga ayat tadi.

Ketiga ayat di atas juga menunjukkan penulisnya cukup maklum dengan tiga urutan peristiwa di dalamnya. Pertama, perkara yang sudah berlaku. Kedua, perkara yang juga sudah berlaku namun terkemudian dari baris pertama. Dan ia berlaku ekoran dari baris pertama yang berlaku dahulu. Ketiga, perkara yang bakal berlaku.

Ketiga-tiga urutan itu cukup lengkap. Menjadi sukar untuk mencari di mana lompangnya.

Ketiga ayat dari tangan penulisnya menunjukkan penulisnya bukan bermain silap mata dan bukan retorik. Sebaliknya berhubung langsung terus dengan makluman yang ingin disampaikan.

“Saya akan jumpanya di mahkamah.” Pengikut dan peminat Mahathir mungkin juga lawan politiknya ketika ini mungkin sedang mencongak-congak apa cerita yang masih belum terdedah akan dibuka Mahathir di mahkamah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.