Main Politik Musim Pandemik

Tiga hari lagi umat Islam akan menyambut raya. Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya pada tahun ini cerita yang ditunggu-tunggu bukan lagi tema apa kostum yang akan dipakai masa raya, atau kuih apakah yang paling istimewa tahun ini untuk menjadi juadah raya.

Yang ditunggu-tunggu sejak dari hari pertama puasa lagi ialah adakah pihak kerajaan akan memberi kelonggaran untuk rentas negeri balik raya, atau ceritanya masih tidak berubah seperti tahun sudah – tidak dibenarkan merentas negeri pulang ke kampung menyambut raya.

Di tahun sudah, di bulan Ramadhan 1441 Masehi, umat Islam dalam negara tidak menunggu pun pengumuman berita sama ada boleh balik raya atau tidak. Mereka sedia maklum kelonggaran untuk rentas negeri adalah mustahil. Lagi bazaar Ramadhan tidak diluluskan berniaga, terawih di masjid tidak dibenarkan, apa lagi membenarkan lautan manusia untuk merentas negeri balik raya.

Tahun ini berbeza. Lebih banyak lokasi bazaar ramadhan diluluskan berniaga berbanding tidak. Lebih banyak masjid dibenarkan solat terawih berbanding membiarkan ruang solatnya kosong. Jadi suasana beribadat dan keistimewaan bulan Ramadhan kembali dirasa seperti bulan Ramadhan yang sedianya.

Hari ini, tiga hari lagi sebelum raya, pengumuman dari pihak kerajaan sudah pun ada. Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan kelonggaran rentas negeri dan daerah tidak dibenarkan sama sekali. Dan semalam tarikhnya ditetapkan, bermula dari 10 Mei hinggalah pada 6 Jun depan.

Walaupun katanya dia sedar umat Islam akan marah dengan keputusan itu, namun demi terus berusaha untuk mengekang pandemik ini, demi menjaga keselamatan penduduk Malaysia sendiri, itulah pilihan terbaik yang kerajaan bersetuju putuskan.

Namun pihak kerajaan katanya tidak bercadang untuk melaksanakan PKP secara menyeluruh, sampai melibatkan satu negara. Hingga ke tempoh ini PKP sudah pun dilaksanakan di negeri-negeri yang mencatat angka kes tinggi setiap hari, dan daerah-daerah yang dikenalpasti keadaan akan menjadi tidak terkawal jika tidak dikenakan PKP.

Di masa yang sama dengan tujuan menaikkan lagi suhu marah umat Islam yang tidak boleh rentas negeri pulang ke kampung masa raya, minyak panas terus disimbah supaya perasaan amarah itu terus bergelegak.

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak misalnya berterusan bermain dengan sentimen ini di media sosial. Media sosial FB Datuk Seri Najib ada pengaruhnya tersendiri, malah mungkin ramai yang akan bersetuju jika dikatakan hari ini beliau ialah seorang influencer dalam dunia maya.

Ini bukan saja kerana beliau ialah bekas perdana menteri. Ia diperkuatkan lagi dengan beliau bersama teamnya cukup konsisten memberi komentar setiap hari terhadap isu-isu semasa yang menjadi buah mulut ramai dalam negara.

Semalam beliau meletak satu posnya di FB yang mengusik sentimen pengikut dan pembacanya. Dia tulis:

Sedih melihat ramai peniaga terjejas.
Sekadar mencari sesuap nasi.
Nak kumpul duit untuk raya.
Susah berniaga kini.
Bahan dah beli banyak.
Cuaca juga kurang baik baru-baru ini.
Tidak dapat jual, kerugian.
Ditambah pula isu Covid-19 kini.
Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan mereka.
Kita tidak akan berada dalam keadaan hari ini jika kerajaan mengambil tindakan-tindakan sewajarnya awal-awal lagi.

Di ayat terakhirnya beliau merumuskan apa yang sedang dan telah berlaku ini berpunca hanya daripada satu pihak. Hanya satu pihak yang bersalah, iaitu pihak kerajaan.

Semalam Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah keluar membuat kenyataan berkaitan PKP 2.0. Katanya:

PKP 2.0 tidak gagal. Jika kita tidak buat PKP 2.0, kes boleh mencecah 10,000 kes sehari. KKM jangka kes menurun pada Mei, namun selepas kelonggaran kepada banyak sektor ekonomi dan sosial dan kelesuan pandemik, kes kembali meningkat. Awal Mei, kes kembali 3.000 sehari.

Dengan tidak menafikan ada kekurangannya dalam keputusan dan tindakan yang dibuat kerajaan, dengan memberi kelonggaran kepada banyak sektor ekonomi dan sosial, namun menurutnya jika PKP 2.0 tidak dilaksanakan jumlah kes boleh mencecah hingga ke 10,000 sehari.

Apa yang dinyatakan oleh Noor Hisham di atas tentulah berpandukan pada maklumat dan data lengkap yang terbentang di atas mejanya. Ia bukanlah berpandukan pada berita yang tersebar yang entah dari mana sumbernya, atau cerita-cerita di media sosial dari pihak yang bukannya terlibat secara langsung untuk membendung pandemik ini.

Selepas keluar kenyataan dari KP Kesihatan ini, Najib pula terus merespon di FBnya:

Jika PKP 2.0 tak gagal, tak perlulah kita hadapi PKP 3.0 dalam masa begitu singkat.

Simple.

Respon dari Najib ini ialah respon kedai kopi yang sengaja tidak mahu mengambil kira pelbagai pembolehubah lain yang menyumbang kepada peningkatan kes ini. Dan sebagai bekas perdana menteri beliau tentulah lebih maklum setiap kejadian yang berlaku bukanlah secara borong boleh dikaitkan hanya pada satu punca. Atau meletakkan kesalahan hanya pada satu pihak.

Jadi posisi Najib ini dalam keadaan semua pihak baik di Malaysia dan di seluruh negara-negara lain di dunia yang sedang berusaha membendung pandemik ini, posisi yang diambilnya ialah bermain politik!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.