Memilih Rasional

Lazimnya bagi seorang yang berfikiran rasional, tatkala dia sedang berada dalam keadaan hidup yang sukar, fikiran rasionalnya akan berkata ‘ada lagi orang lain yang lebih sukar keadaan hidupnya.

Dari situ fikiran rasionalnya ini boleh membantunya untuk tidaklah sampai jatuh buntu. Atau dapat membantunya untuk tidaklah sampai ke tahap merintih-mendayu, mohon simpati.

Manakala keadaan boleh menjadi sebaliknya pada orang yang tidak berfikiran rasional. Sebaik dia berada dalam keadaan hidup yang sukar, dengan darjah kesukaran yang tak pernah lagi dirasanya sebelum ini, dia mungkin akan mudah jadi buntu.

Diri dia merasa seolah-olah kesukaran ini tidak ada lagi tolak gantinya. Seolah-olah kiamat hidupnya hanya berjarak satu inci sahaja dari titik dia berada. Kehancuran hidupnya hanya menanti masa.

Sewaktu PKP 1.0 ramai penduduk Malaysia yang berdepan dengan kesukaran hidup yang sebelum ini belum pernah mereka jumpa. Bila bangun pagi sebahagiannya tidak lagi bergerak ke mana, kerana kerjanya sudah tiada.

Bagi yang berniaga di pasar malam mereka cuma boleh memerhati van yang tersadai di bawah flet yang sebelum ini rancak mengangkut barang-barang perniagaannya, tiba-tiba tidak boleh lagi bergerak ke mana.

Bagi yang berkarier pramugari yang bekerja terbang ke sana-sini, mereka terduduk dengan sewa apartmen yang tinggi amaun sewanya, terduduk dengan ansuran kereta yang perlu dibayar, termasuk juga gaya hidup seharian yang mungkin agak berkos.

Pada 22 Mei lalu, sewaktu pengumuman PKP tanpa lockdown penuh, Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri mendedahkan ketika pelaksanaan PKP 1.0 ada banyak kes bunuh diri yang dilaporkan, cumanya pihak kerajaan telah menyembunyikan perkara ini kepada pengetahuan orang-ramai.

Di sini saya nak maklumkan sewaktu PKP 1.0 terdapat banyak kes membabitkan masalah mental, kes bunuh diri juga banyak berlaku, cuma kita tidak hebohkan perkara ini.” – Ismail Sabri 22 Mei 2021

Tidak mustahil di sini kes yang melibatkan masalah mental dan kejadian bunuh diri itu berkait dengan kesukaran hidup yang sudah sampai ke tahap buntu.

Walau bagaimana pun tidak semua yang mengalami kesukaran hidup tadi, dengan darjah kesukaran yang sama, semuanya sampai jatuh ke tahap buntu.

Ramai juga yang mampu meneruskan hidup dalam kesukaran. Dan ada yang merasa pengalaman yang sukar itu sangat berharga pada mereka. Ada yang telah mengubah cara hidup yang menurut mereka cara hidup baru itu lebih ‘membina’ berbanding dengan kehidupan mereka sebelum jatuh susah.

Meskipun kumpulan mereka ini tidak menyebut, tidak melaung-laungkan mereka berfikiran rasional, namun bila tingkah-laku mereka dipandu oleh fikiran yang rasional, kehidupan mereka tentulah lebih terarah dan selamat berbanding dengan mereka yang tidak berfikiran rasional.

Bila mereka berpijak pada kenyataan bahawa ada lagi orang lain yang lebih sukar, lebih derita cerita hidupnya berbanding mereka, ini setidak-tidaknya boleh menghalang mereka dari merintih tidak berkesudahan atau membuat apa-apa tindakan yang tidak pun membantu kepada penyelesaian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.