Antara Tanggung Jawab dan Risiko

oleh Wandy

Sudah masuk empat hari dua orang kawan saya, oleh kerana sudah kehilangan punca pendapatan waktu PKP ini, mereka berdua sanggup bekerja sebagai tukang cuci di sebuah hospital swasta yang menempatkan pesakit-pesakit covid.

Sebelum ini mereka bekerja sebagai tukang masak di restauran masakan panas ala Thai. Daripada dua orang kawannya saya itu seorangnya sudah berkeluarga, ada tanggungan yang wajib dipenuhi, manakala seorang lagi masih bujang.

Kedua-duanya agak rapat dengan saya dan sebelum ini pernah tinggal sebumbung bersama.

“Masa kerja tu kejap aje,” kata kawan saya yang masih belum ada tanggung jawab keluarga, “tak sampai pun lima jam kalau kira penuh jumlah masanya,” tambahnya lagi.

Bila berjumpa selepas mereka balik bekerja, sudah dua kali saya jumpa mereka, biasanya sebelum jam tujuh, saya sentiasa mengambil pendekatan berhati-hati. Saya Wandy, selaku manusia yang tunduk pada sains, saya akan mempastikan ada penjarakan fizikal antara saya dengan mereka berdua.

Dan jika saya masih tinggal sebumbung dengan mereka, tentulah berkongsi bilik mandi yang sama, saya rasa saya tak akan berhenti mengira bilakah hari mereka akan berheni kerja di penempatan pesakit covid di hospital swasta itu.

Bukan saya tak tahu, saya tahu piawai keselamatan di bangunan itu sangatlah ketat. Kata kawan saya, baju yang mereka pakai berlapis-lapis macam angkasawan naik ke bulan.

“Walaupun ada aircond, sebab pakaian tu berlapis-lapis, tu yang buat aku jadi tak selesa,” katanya.

“Macam mana dengan bayaran?” Saya tanya mereka masa mula-mula mereka buat keputusan untuk menerima kerja sebagai tukang cuci.

“Tak banyak,” jawab kawan saya yang dah berkeluarga, “kalau masuk OT dapatlah 100 ringgit sehari,” tambahnya.

Dia juga bagi tahu bayaran boleh diambil setiap hari selepas habis bekerja. Jadi tak ada risiko gaji akan tergantung.

Seratus ringgit? Seratus ringgit sehari? Jika digandakan tiga kali jadi 300 ringgit, saya masih tak sanggup berada dalam bangunan yang sama yang menempatkan pesakit-pesakit covid. Diam-diam saya berbisik pada diri sendiri.

Namun begitu pilihan hidup masing-masing tidak sama. Itulah kenyataannya. Bukan setakat tidak sama, malah jumlah kepelbagaian pilihan yang ada di depan diri seseorang itu, itu pun tidak juga sama.

Mereka yang bijaksana atau boleh jadi yang bernasib baik, mereka ada pilihan hidup yang pelbagai-bagai. Ada yang boleh memilih yang betul-betul memenuhi citarasanya. Manakala ramai lagi yang tidak berada di posisi macam mereka. Pilihan di depan mereka terhad. Hinggakan ada yang di depannya cuma ada dua pilihan – dan dua pilihan itu pula saling bertentangan.

Cuba anda bayangkan situasi macam manakah yang sedang dihadapi oleh kawan saya tadi, khususnya yang sudah ada tanggung jawab keluarga? Susu anak perlu dibeli, lampin perlu ditukar ganti, makan pakai isteri juga perlu dipenuhi.

Ya, lagi terang lagi bersuluh risikonya memang tinggi. Walaupun seluruh tubuhnya bertutup rapi, namun hanya dengan secuit kecuaian, kawan saya boleh dijangkiti.

Antara risiko dan melepaskan tanggung jawab menyara anak isteri, kawan saya telah sanggup memilih yang berisiko yang tidak mustahil boleh mengundang perkara yang cuba seboleh-bolehnya dielakkan terjadi pada diri sendiri. Dijangkiti lalu positif.

Salute untuk kawan saya ini! Semoga dirinya sentiasa selamat dilindungi.

Insyaallah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.