Bola Euro, Euro…

Pada malam nanti, pukul 12 malam waktu Malaysia pukul 6 petang waktu Amsterdam akan berlangsung perlawanan pertama pusingan kalah mati 16 pasukan yang layak.

Daripada 24 pasukan yang dikumpulkan dalam 6 kumpulan, tolak 8 pasukan yang terkeluar, tinggal 16 – pusingan kalah mati ialah pusingan yang akan menentukan sama ada pasukan itu akan terus mara ke 8 pasukan seterusnya, atau berkemas beg dan baju meninggalkan venue dan terbang pulang ke negara masing-masing.

Perlawanan pertama malam ini ialah antara Wales menentang Denmark. Di atas kertas, kedua pasukan ini ialah bukan pasukan pilihan yang disebut-sebut bakal dinobat sebagai juara bola Euro 2020 kali ini.

Semua pengikut bola dunia tahu Wales dan Denmark bukanlah gergasi bola yang sebaris dengan Germany, Italy mahu pun Perancis. Wales dan Denmark juga tidak memiliki ramai pemain berstatus bintang seperti mana Belgium misalnya.

Jadi jika Wales atau Denmark memenangi perlawanan malam ini, lalu layak ke perlawanan 8 pasukan terakhir, di atas kertasnya tidak ramai peminat bolasepak akan memberi harapan kepada mereka untuk melepasi perlawanan peringkat 8 pasukan dan seterusnya merebut tempat ke perlawanan separuh akhir.

Namun perkiraan bola di atas kertas tidak sama dengan apa yang benar-benar bakal terjadi di atas padang. Apa lagi perlawanannya ialah pusingan kalah mati. Di pusingan ini ada yang berpendapat bermain sehingga patah kaki pun tak mengapa. Kawan-kawan sepasukan boleh terus meneruskan permainan dan jika memenangi perlawanan ini mereka akan layak ke peringkat seterusnya.

Jika kalah, segalanya tak ada pilihan lagi. Melainkan mengemaskan baju dan beg untuk terbang pulang.

Peminat tegar bola sepak tentu tidak lupa apa yang berlaku di bola Euro pada tahun 1992. Pada tahun itu negara yang bergelar juara ialah pasukan yang akan turun menentang Wales malam nanti, negara Denmark .

Apa yang mengejutkan ialah pada Euro 1992 yang bertempat di Sweden itu, bola Euro yang ke 9 dalam sejarah bola negara-negara Eropah, pasukan Denmark sebenarnya ialah bukannya pasukan yang layak untuk menyepak bola di sana.

Di peringkat kelayakan sebelum sampai ke pusingan akhir di Sweden, Denmark telah gagal untuk melepasinya. Negara yang layak ke Sweden dalam kumpulan peringkat kelayakan sekumpulan dengan Denmark ialah pasukan negara Yugoslavia.

Namun ekoran peperangan yang tercetus di Yugoslavia dan kemudiannya memecahkan negara itu kepada sempadan-sempadan negara baru, negara Yugoslavia telah diblok oleh UEFA untuk turut serta dalam bola Euro kali ke 9 yang bertempat di Sweden tahun itu.

Jadi Denmark mencelah masuk ekoran pembatalan penyertaan dari negara Yugoslavia. Dan apa yang berlaku di Sweden tentulah masih segar dalam ingatan peminat tegar bolasepak.

Tiada siapa yang menjangkakan pada edisi ke 9 bola Euro di Sweden itu, Denmark akhirnya bergelar sebagai juara. Di perlawanan akhir pada 26 Jun mereka menewaskan negara gergasi bolasepak Germany 2 – 0.

Pada peringkat separuh akhir sebelum bergelar juara, mereka juga telah menewaskan salah satu dari pasukan yang disebut-sebut bakal juara iaitu Holland melalui sepakan penalti setelah berkedudukan seri 2 – 2 sehingga tamat masa permainan.

Dan pemain yang gagal untuk menyempurnakan tindakan penalti itu tidak lain ialah Marco Van Basten. Dan yang memastikan gawangnya tidak bolos ialah Peter Schmeichel, penjaga gol yang sudah terpahat dalam sejarah bola antara penjaga gol yang hebat di dunia.

Jadi malam ini perlawanan Wales menentang Denmark bukan lagi sejarah bola Euro di Sweden tiga dekad lalu. Mungkin yang berlaku pada tahun 1992 tidak bakal berulang lagi.

Namun sekali lagi, perkiraan bola di atas kertas tidak semestinya itu yang bakal berlaku di atas padang. Bola itu bulat, yang bakal memenanginya nanti, dalam ukuran rasionalnya ialah pasukan yang paling dominan menguruskan bola itu di atas padang.

Antara Wales dan Denmark, pasukan mana yang akan dominan malam ini?

Selamat menonton!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.