Golongan Manusia Aneh

Boleh dikatakan peratusan berita-berita yang keluar di media, tempohnya sudah lebih dari satu setengah tahun, kandungan berita itu dimonopoli oleh dua perkara ini –

I. Pandemik Covid-19

II. Politik

Berbeza dengan kebanyakan negara-negara lain, berita-berita yang memonopoli di dada skrin pembaca mereka, hanya satu sahaja yang memonopoli, iaitu pandemik Covid-19.

Jadi dalam hal ini negara Malaysia berada di posisi terkedepan berbanding negara-negara lain. Sama ada posisi ini boleh dianggap membina atau sebaliknya, orang Malaysia dalam keadaan sedar atau tidak, telah membahagikan masa dan tenaga mereka kepada dua perkara (cabaran) ini – iaitu cabaran pandemik dan politik.

Kedua-dua cabaran ini membawa impak sangat besar. Cabaran pandemik melibatkan persoalan nyawa dan persoalan kesukaran meneruskan hidup yang berpanjangan, selagi pandemik ini belum tamat rantaian jangkitannya.

Cabaran politik pula melibatkan pengurusan kuasa oleh pihak yang sedang memegang kuasa itu. Dan gerakan mengambil alih kuasa oleh pihak yang mendakwa pihak mereka lebih layak menguruskan kuasa itu.

Dua perkara atau cabaran ini tidak pun menunjukkan tanda-tanda akan reda, berita-berita tentangnya terus memonopoli di skrin TV dan fon orang Malaysia.

Pernahkah misal kata dalam satu hari, berita-berita tentang dua perkara ini tidak pernah muncul di skrin TV dan fon anda?

Atau anda sendiri, dalam urusan menyepak bola politik, adalah salah seorang tukang sebarnya? Menerusi aplikasi Whatsapp atau FB atau Twitter yang sudah menjadi sebahagian, kalau tidak pun pagi-siang-malam-larut malam, mengisi masa dan tenaga hidup harian anda?

Meskipun tidak ada siapa yang waras akan menafikan impak dua cabaran tadi, namun sesiapa saja yang mewakili fikiran waras boleh untuk membezakan cabaran mana pada saat ini yang seharusnya berada di depan, seharusnya perlu menjadi keutamaan…

dan cabaran yang mana pula seharusnya perlu mengambil tempat di belakang, iaitu bukanlah satu keutamaan, pada saat ini.

Cabaran pandemik covid-19 ialah cabaran yang bukan sekadar hilang satu kerusi adun atau satu undi di parlimen beralih sokongan. Cabaran pandemik ini ialah cabaran yang pertaruhannya sampai melibatkan kehilangan nyawa.

Adakah anda sanggup menukarkan harga nyawa dengan kehilangan satu kerusi adun atau satu undi di parlimen beralih sokongan?

Adakah anda juga sanggup saban hari melihat kesukaran hidup yang berpanjangan, kehidupan orang-orang biasa yang diri mereka inilah kelompok terbesarnya dalam negara, sambil diri anda terus bermain politik untuk mencapai kuasa, mahu pun mengekalkan kuasa kumpulan politik anda?

Jumlah kehilangan nyawa dalam negara akibat pandemik ini sehingga ke tarikh 27 Jun ialah seramai 4,944 orang. Jumlah mereka yang dijangkiti sudah cuma tinggal 200,000 lebih saja lagi untuk mencecah angka satu juta orang. Hingga ke tarikh ini jumlahnya seramai 734,048 orang.

Tidakkah ini suatu perkara yang sangat derita? Adakah anda fikir perkara kehilangan nyawa boleh diganti dengan kata-kata?

Seorang ibu misalnya yang sudah kehilangan anaknya akibat pandemik ini, atau seorang anak yang sudah kehilangan ayahnya, hilang satu-satunya tempat bergantung – adakah ada kata-kata lagi untuk menggambarkannya?

Sekiranya kehilangan satu kerusi adun atau satu undi di parlimen lebih penting daripada kehilangan beribu nyawa berserta himpunan penderitaan ini, pihak yang lebih mengutamakan politik (kuasa) itu mungkin boleh dianggap mewakili sebahagian manusia aneh di atas dunia ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.