Bibir Awak Cukup Manis!

oleh | Wandy

SAYA suka awak. Adakah ada lagi lelaki lain yang paling suka awak, kalau bukan saya? Daripada bibir awak cukup manis, kulit awak yang halus, watak awak semulajadi – siapakah lagi lelaki lain yang paling memuji awak, jika bukan saya? Kita bertemu dari kebetulan, hanya bertanyakan, “you ada lighter, boleh saya pinjam,” saya menyeluk poket, menghulurkan lighter dan jari kita bersentuh tidak disengaja, awak menghulurkan balik lighter, sekali lagi jari kita bersentuh dan saya lupa adakah saya tidak sengaja atau saya di kala itu memang sengaja menyentuh jari awak, kerana halus dan lembut jari awak telah membuat saya seperti: saya seolah lupa diri saya kerana awak telah menguasai segala-galanya tentang saya pada ketika itu yang kisahnya dek hanya meminjam lighter.

Maaf ya, saya tertInggal lighter di kereta, kata awak. Saya rasa nak merokok sangat, tadi saya agak tension ada urusan, lain yang mereka janji sebelum jumpa saya, tapi lain pula yang berlaku selepas jumpa. Saya tarik diri, saya hilang satu prospek.

OK, kata saya. Saya pun ada pengalaman macam tu. Saya boleh temankan awak merokok. Saya senyum.

Tangan saya saya menyeluk poket, kotak LD biru saya buka, saya capai sebatang, saya petik lighter, asap pertama saya sedut, saya hembus perlahan, mata saya masih memandang bibir manisnya.

Awak ni manis lah. Itulah kata-kata spontan dari mulut saya dan saya masih memandangnya bersahaja. Saya tidak tajam memandang wajahnya, saya tidak juga cuba memikat dia, perasaan saya tertarik dan saya memuji apa yang sebenarnya di depan saya.

Dia menggerakkan pipinya ke atas, dia juga sengaja pejamkan matanya, lepas dibuka matanya kembali, dia gelak kecil. Dia menyedut rokoknya lagi dan bibirnya tersenyum dengan rokok terselit di bibir.

Betul, senyum awak cukup manis lah! Sekali lagi saya senyum ke arahnya selepas saya ucapkan pujian saya.

Saya dan dia beredar selepas habis sebatang rokok, belum sempat mengenali lebih dari sekadar berkongsi sebuah lighter dan  meluang masa bersama menghabiskan rokok masing-masing – dan saya tidak pernah menemuinya lagi selepas iitu.

Waktu saya menulis ini, saya tersenyum sendiri. Di depan skrin fon ini, saya nampak bayang awak, terselit rokok di jari halus dengan bibir yang cukup manis.

________________________

Ps: foto hiasan, bukan sebenar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.