Bahang Politik VII

Zuki melepak di tempat Sohil cuma dua hari. Pagi semalam, Rabu, Zuki dah selamat balik ke rumahnya. Di tempat Sohil ada empat orang lagi yang tinggal bersama, namun Zuki tidak mengenali sangat mereka. Mereka sekadar hai, hai bila bertemu mata, masing-masing membawa hal sendiri.

Di tingkat satu bangunan rumah kedai itu ada tiga bilik, ketiga-tiganya bertingkap, jadi keadaannya agak selesa walaupun berkongsi dua orang untuk satu bilik. Kecuali bilik Sohil, Sohil tidak berkongsi dengan sesiapa, dia ada privasi berbilik sendiri. Satu keputusan yang dibuatnya dengan penuh sedar.

Sohil juga bukan jenis orang yang suka mengumpul barang. Di belakang pintu ada benda ini, di penjuru kanan ada benda itu, tak ada itu semua. Malah tidak ada pun benda yang tergantung melainkan penyangkut kunci dan topi. Apa yang ada di biliknya semuanya berfungsi, bukan untuk misalnya ‘mana la tahu kot kot nak guna nanti. Sohil dah lama bebas dari hidup yang bertumpu pada barang. Dia seorang minimalis.

Sebelum Zuki beredar dari tempat Sohil lebih kurang pukul 10 pagi semalam, Zuki ada bertanya.

“Seminggu dua lepas ni macam mana?”

“Macam mana apa tu?”

“Poket kau la. Boleh bertahan lagi ke?”

“Ah, takyah risau Zuki. Aku OK.”

“Apa-apa hal, call aku.”

“OK.”

Di pagi Hari Raya pertama Aidiladha, Selasa, kelmarin, Sohil dan Zuki tidak ke masjid untuk solat raya. Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) hanya membenarkan imam dan pengurusan masjid sahaja bertakbir dan solat raya.

Walaupun tidak ke masjid, Sohil tetap bangun awal di pagi raya dan lengkap berbaju melayu. Dia tidak sesekali akan membiarkan dirinya seperti dalam keadaan hari-hari biasa pada pagi raya. Tak kisahlah usia baju melayunya sudah tiga atau empat tahun, namun dia tetap akan mengenakan sepasang baju melayu lengkap di tubuhnya setiap kali hari raya. Ia sesuatu yang hanya dia dapat rasa, sukar untuk diterbitkan dengan kata-kata.

Malah pernah ketika dia menyambut Hari Raya di luar sempadan negara, dia tetap memakai baju melayu. Dan hanya dia seorang yang berbaju melayu di masjid tempat menunaikan solat raya di negara itu.

Hari ini dah Hari Raya ketiga dan salah satu perkara yang Sohil rasa tak lengkap pada raya kali ini ialah dia tidak dapat merasa daging korban. Di tempatnya kes harian Covid masih tinggi dan tentu sajalah mencari nahas percuma jika berkumpul beramai-ramai di kawasan masjid atau surau untuk menyempurnakan ibadat korban. Kadang-kadang dalam hal seperti ini ada juga keadaannya di mana walaupun sebaris kata-kata itu bunyinya klise, namun ia mampu menyedapkan hati juga.

– Tak mengapalah tahun ini tak merasa daging korban, jika dipanjangkan umur, insyaAllah, tahun depan masih ada.

Boleh menyedapkan hati tak?

Jika pertanyaan ini ditujukan pada Sohil malam ini, Sohil akan menganggukkan kepala dan menjawabnya, ya!

“Halo, pakwe I tengah buat apa tu?” Muncul mesej Mira di fon Sohil.

“Ingat awak,” laju tangan Sohil menekan huruf.

“Iya ke šŸ˜Š ? I ingat awak tengah kusyuk baca cerita politik tadi.”

“Takde lah. Duk asyik ingat awak je hari-hari. Nak baca politik pun jadi pupus selera saya, hmm.”

“OK. I buat video call, ya.”

“OK.”

————————-

Bahang Politik ialah tulisan bersiri dari cerita hidup semasa seorang warganegara bernama, Sohil.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.