Label Hitam

Ada dua usaha yang sedang diusahakan bersungguh-sungguh, tanpa henti, di dalam negara waktu ini.

I. Menghentikan penularan pandemik covid 19.

II. Menjatuhkan kerajaan semasa, khususnya  membuka pintu keluar untuk Muhyiddin Yassin dari pejabat nombor 1 Putrajaya, selaku Perdana Menteri.

Kedua-dua usaha itu tidak terpisah. Sebaliknya saling kait-mengait antara satu sama lain. Manakala usaha pertama yang menjadi keutamaan kerajaan semasa sejak awak tahun lepas lagi, tidak terkecuali untuk negara Malaysia sahaja.

Ini kerana WHO sudah mengistiharkannya sebagai pandemik, oleh itu usaha untuk menamatkan pandemik ini turut sama menjadi keutamaan di seluruh negara-negara di dunia. Ia menjadi satu cabaran besar global yang belum pernah pun, di zaman moden ini, mereka berdepan dengan pandemik yang maha dasyat: pandemik Covid 19.

Dan pandemik ini juga  tidak memilih sama ada negara itu sebuah negara kaya, negara miskin atau negara ulung super power. Malah negara ulung super power ialah negara teratas yang paling teruk menerima kesan dari pandemik ini. Baik dari jumlah kes yang terkumpul, mahu pun jumlah kematian kes keseluruhan.

Di dalam negara ini ekoran dari pandemik ini terus merekodkan kenaikan kes yang tinggi, secara konsisten, yang mungkin sebelum ini tidak dijangka kesnya sampai berbelas ribu kes setiap hari oleh majoriti penduduk Malaysia, ia akhirnya menjadi modal ibarat bom atom untuk menjatuhkan kerajaan semasa, khususnya membuka pintu keluar untuk Muhyiddin Yassin dari pejabat nombor 1 Putrajaya.

Frasa atau slogan yang dijerit-jerit berulang kali oleh mereka yang berusaha keras untuk menjatuhkan kerajaan semasa dan menjatuhkan Muhyiddin ialah slogan ‘kerajaan gagal’. Ini termasuklah mengadakan pool secara terbuka di talian untuk awam memilih sama ada bersetuju kerajaan ini gagal, atau bersetuju kerajaan ini tidak gagal.

Dalam situasi penduduk negara yang sebahagian besarnya sedang berdepan dengan kesukaran hidup, ditambah pula dengan permainan emosi berterusan oleh pihak-pihak ini yang sedang berusaha keras untuk menjatuhkan kerajaan, jadi peratusan pool tadi memihak ke mana tidaklah mengejutkan.

Di bawah ini Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) membawa perspektifnya berkaitan perkara ini.


oleh | Nordin Kardi

Label KERAJAAN GAGAL ini ialah label hitam yang disebut berulang ulang sehingga seperti BENAR MUTLAK. 

Mungkin ya benar ada gagal di sana sini tetapi menganggapnya BENAR GAGAL MUTLAK itu nanti dulu. Kaedah ni pernah penasihat psikologi Hitler pakai dulu.

Cuba teliti benar tak benarnya kerajaan Malaysia gagal.

Kalau kita tengok kadar kematian paling buruk WHO kata ialah USA,  India dan Brazil, bukan Malaysia. Bukan yang paling buruk.  Ya Malaysia pernah berada ranking tinggi dari segi kadar gandaan jangkitan tetapi bukan sepanjang  COVID-19.  Biasalah turun naik. Mahasiswa di Universiti pun ada yang GPA Semester jatuh tapi ada Semester naik balik. Yang penting CGPA, bukan GPA. Kalau dapat setiap Sem Dean’s list tu baguslah, alhamdulillah.

Kalau label gagal kerana tindakan flip flop, maksudnya sekejap buka sekejap tutup negara, Jepun Korea, Singapura pun macam tu. Bukan Malaysia seorang. Maklumlah semuanya tak pernah alami serangan COVID-19.  Semua trial and error. Kalau orang yang lain pun jadi PM bukan PM sekarang, sepanjang setahun setengah yang lalu keadaannya tentu sama.  Penasihat dan penganalisisnya sama iaitu pegawai kerajaan atau perunding profesional dalam bidang kesihatan, keselamatan, sosial, statistik dan lain lain. Sama orangnya atau teamnya. Bukan orang politik.

Label KERAJAAN GAGAL kerana ekonomi jatuh sebagai impak COVID-19 semua negara pun sama. Seluruh dunia sama. World Bank melapurkan Dunia menjunam ke arah resesi. Bukan ‘peculiar’ kepada Kerajaan Perikatan Nasional saja.  Semua kerajaan seluruh dunia macam itu.

Jadi secara TENTATIF saya katakan KERAJAAN GAGAL adalah label hitam bukan BENAR MUTLAK/absolute truth. Dia adalah mutlak sebagai label propaganda politik yang dicipta, dipentaskan (stage-managed) dan disebar sebagai MUTLAK BENAR.  Adakah saya menafikan kita semua susah? Tak! saya tak nafikan. Salah baca tu!

Tak mengapalah jika kerajaan semasa jatuh, tapi tiada jaminan mutlak bahawa penggantinya  nanti terjamin Kerajaan Berjaya. Jika ada jaya mereka juga terhutang budi kepada kerajaan PN dan yang terdahulu kerana telah melalui trial and error yang tak payah lagi diulang lalui oleh kerajaan baru. Alhamdulillah jika berjaya,  bagaimana kalau mereka angkuh lalu ‘reinvent new wheel’ dan tolak pembelajaran trial and error hanya kerana  semata-mata fakta diperolehi dari Kerajaan PN, lalu Malaysia terus hancur?

Agaknya semua rakyat sudah seiya dan sekata sanggup berkata “biar hancur tak apa,  yang penting PN mesti dijatuhkan. Kalau hancur pun hati puas.

Mereka seronok kata. “Kerajaan dominan Melayu memang sah pasti gagal urus Negara.  Jangan ulang kesalahan ini”.

Tapi kalau ada yang mengaku ada tangan MAJIS boleh selesaikan semua ini dari mula dulu, pada saya itu semua tahyul.  Saya pun tak ajak kawan kawan mempercayai saya.

Saya tahu catatan tengah malam saya ini tak popular, termasuk di kalangan sahabat karib, tapi tak mengapalah.  Saya gagahkan juga, sebab saya ada alam hari kemudian.  WA KULLUKUM MASULUN.

nota | sumber tulisan yang dikepil ini diambil dari FB beliau yang lebih mesra di kalangan sahabat-sahabat sebagai Pak Din.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.