Kemanisan. Harga Diri.

Ada juga pandangan yang menyebut menempuh hidup yang sukar, di dalam kesukaran itu ada juga kemanisannya. Pandangan ini boleh saja ditemui dalam novel dan dalam filem pun ada. Namun untuk menemuinya dalam pergaulan hari-hari, dalam urusan hidup yang berlaku, pandangan ini kalau pun tidak pernah sekali pun dijumpa, ia mungkin sangat sukar sekali untuk dijumpa.

Pernahkah anda jumpa, seorang yang mengatakan dalam kesukaran hidup yang dia tempuh itu terselit juga kemanisannya?

Mungkin pertanyaan ini awal-awal lagi sudah pun dipandang pelik. Apa lagi nak melayan, nak bersembang jauh-jauh, bersembang secara halus berkaitannya.

Suatu perkara yang terang-terang menjadi isu tentang menjalani hidup yang sukar ialah, mereka yang menjalani hidup yang sukar ini akan berdepan dengan kesukaran untuk menolong orang yang memerlukan pertolongan. Mereka masih boleh memberi pertolongan dengan tulang empat kerat mereka, namun bila melibatkan pertolongan yang memerlukan tangannya berada di belah atas untuk menghulur material dan wang, mereka serta merta menjadi kaku tanpa boleh berbuat apa-apa.

Jika dilihat dari kejadian ini, di manakah kemanisan itu boleh timbul? Adakah dengan kaku, hanya mampu tunduk, tidak boleh menyeluk poket untuk menghulurkan ringgit atau peso atau dollar – ini suatu kemanisan?

Tidakkah ini bukanlah dipanggil kemanisan, sebaliknya berlawanan dengan kemanisan itu, iaitu kesedihan dan kehampaan.

Suatu perkara lagi apabila seseorang itu terlampau sekali bercakap tentang kesukaran hidup, mengatakan perkara itu susah, perkara ini susah, menaikkan bendera (putih), menuduh pihak atas sana tak cukup peka dsb dsb… tidakkah mereka ini apabila saja berdepan dengan kesukaran, solusi segera yang dipilih hanyalah dengan suara merintih, meminta-minta?

Keadaan sebegini bukan lagi kemanisan sifatnya. Ia hinggakan sudah berkait dengan harga diri. Maruah diri sebagai seorang manusia. Maruahnya jatuh ke bawah.

Pada sudut pandang lain pula mungkin kemanisannya ada apabila di dalam suatu slot perjalanan hidupnya dia menempuh kesukaran hidup ini. Dia alaminya, dia merelakannya bahawa itulah kehidupannya pada ketika ini dan di tempat ini dia berada.

Pendek atau panjang tempoh waktunya, ia perkara relatif. Perkara pokoknya dia terus dalam keadaan sedar dan dia terus melangkah. Di sini kemanisan itu boleh berlaku di dalam perjalanan yang ditempuhnya.

Dan hanya dia yang merasai. Lagi pun kemanisan itu, itulah yang sedang menjadi bahagian dari hidupnya. Dia kini sedang membawanya sendiri. – Wandy

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.