Perlunya Genjatan Senjata Politik di Malaysia?

oleh | Kori Ariff

Sejak 3,000 tahun dahulu, Nabi Allah Ibrahim memperkenalkan empat bulan dalam 12 bulan, diharamkan untuk berperang.

Bulan itu dinamakan bulan haram iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab.

Tujuannya antara lain supaya umat manusia tidak terlibat dalam aktiviti perang setiap saat, malah sebahagian perlu ditumpukan untuk kegiatan tamadun lain termasuklah menyediakan waktu untuk beribadah, mendekatkan diri kepada pencipta matahari.

Perkara ini dirakamkan dalam al-Quran surat At-Taubah, ayat 36:

“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa”.

Malah, Al-Hafiz Ibnu Kathir di dalam tafsirnya telah menukilkan pendapat Ibn Abbas yang menyatakan bahawa setiap kezaliman yang dilakukan di dalam bulan-bulan Haram ini, dosanya adalah lebih besar berbanding bulan-bulan lain. Begitu juga, amal soleh yang dilakukan adalah lebih besar (pahala) berbanding bulan-bulan yang lain. [Tafsir Ibn Kathir, 4:130]

Sebaliknya, perang politik di Malaysia berlaku setiap hari, setiap saat.

Jika diperhatikan sebelum 9 Mei 2018 di bawah kerajaan BN, perang politik berlangsung setiap hari dengan sengitnya. 10 Mei 2018 pun politik masih lagi rancak di bawah pemerintahan PH, dan berterusan hingga hari ini di bawah PN.

Tidak berlaku gencatan politik.

Mungkinkah perlu dicari sekurang-kurangnya empat bulan untuk negara ini bernafas tanpa perang politik?

Begitupun, Perdana Menteri mesti terus bermuhasabah walaupun tiada serangan politik, seperti mengingatkan kembali dosa-dosa lama apakah musibah sekarang merupakan karma kerana menjatuhkan Perdana Menteri lama atau sebab-sebab lain.

Elok Perdana Menteri sekarang pergi berjumpa dan bersalaman dengan bekas-belas Perdana Menteri, mohon maaf selain mewujudkan culture penghormatan kepada Perdana Menteri.

Walaupun ditakdirkan bertukar Perdana Menteri, belum boleh dipastikan akan berlaku keamanan dan pertukaran nampaknya memberi harapan tidak pasti.

Jatuhnya BN tidak menjanjikan syurga kepada rakyat di bawah pemerintahan PH-DAP, dan jatuhnya PH-DAP tidak pula memberikan syurga dalam PN.

Yang penting terus wujud dalam masyarakat berperadaban ialah perasaan kasih warganegara kepada satu pemimpin negara.

Serangan politik bersenjata sesungguhnya untuk menyasarkan perasaan marah dan tidak puas hati kepada pemimpin berkenaan.

Malaysia seperti perlu kepada empat bulan haram – jika tidak pun mengambil bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab, bersepakatlah untuk mencari empat bulan lain dalam 12 bulan.

Dalam empat bulan damai itu, semua pihak hentikan peperangan politik.

——————————————-

tulisan ini dipetik dari FB beliau.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.