Bahang Politik VIII

Kita dah hidup dalam dunia yang berbeza kan, Sohil? Pernah terlintas tak dalam fikiran kau perkara ini akan berlaku pada kita?

Dunia Covid maksud kau?

Ya, kita sedang hidup dalam dunia Covid. Dunia yang tak sama lagi dengan dunia sebelum Covid.

Aku memang tak pernah fikir, tak pernah jangka pun Zuki. Jujur cakap kat kau, sikit pun tak pernah. Sehelai saiz rambut pun tak pernah.

Samalah dengan aku. Tak pernah sekali pun terlintas dalam fikiran aku pandemik ini boleh berlaku. Pejam celik dah lebih satu setengah tahun kita hidup dalam dunia Covid.

Ya dah lebih satu setengah tahun. Kau dengan aku bercakap pakai pelitup muka pun dah lebih satu setengah tahun, ha ha.

Kalau kita dua ni ada isteri, masa tidur setilam tu pakai pelitup muka juga ke agaknya ya?

Hehe itu kena tanya kawan kita yang dah ada isteri la, Zuki. Tapi aku agak waktu mereka tidur setilam mereka tak pakai. Susah gila kalau pakai, ha ha.

Kau tak rasa penat? Hidup dalam dunia Covid ni?

Kalau aku masih boleh buat apa yang aku nak buat, maksud aku perkara yang sebenar aku nak buat dalam hidup aku, mungkin aku tak terasa sangat kesannya seperti ini. Kalau setakat kena pakai pelitup muka, jaga jarak fizikal, itu tak ada apa-apa pada aku. Kecik aje. Bukan satu masalah pun. Isunya kat sini perkara yang aku nak buat itu sangat berisiko. Aku perlu bersama dengan orang yang aku tak kenal setiap hari, jadi ia sangat berisiko. Bila dah sampai melibatkan risiko nyawa, jadi aku bertahan dulu. Aku pilih untuk tidak teruskan.

Dan kau hidup dalam keadaan sengket, Sohil.

Ahh, tak payah cakap pasal tu Zuki. Besar kemungkinan dua, tiga bulan lagi keadaan kembali okay. Walau tidak okay sepenuhnya pun, keadaan sudah tentu berbeza dari sekarang. Aku cukup yakin.

Ya, aku setuju. Beruntung la kerajaan baru yang bakal terbentuk nanti. Muhyiddin, Perikatan Nasional dah susun semuanya. Kerajaan baru nanti tu cuma masuk dan tuai hasil.

Hmmm.

Kau tahu Sohil, semalam aku jumpa seorang sahabat lama, dia pelukis, dia cakap dia dah sampai tahap loya dengan perebutan kuasa politik di tempat kita. Macam mana tak loya, kata dia dalam keadaan seratus, dua ratus orang meninggal dunia setiap hari kerana Covid, tapi orang politik ni masih gila nak berebut kuasa. Jadi kata-kata nak tolong rakyat, selesaikan masalah rakyat, itu semua bohong kata dia. Kalau betul nak tolong rakyat, selesaikan masalah rakyat, mereka mesti cari jalan. Bentangkan idea. Bagi pelan tindakan. Duduk bersama-sama semeja. Letak tepi perbezaan politik kerana ini bukan masa untuk berpolitik. Ini ialah soal nyawa dan kesukaran hidup yang sedang ditanggung oleh rakyat.

Sama. Aku sama dengan dia. Kalau dia loya dan sampai muntah, aku pun muntah juga Zuki. Mungkin ada hal politik dalam waktu kita menghadapi pandemik ini aku tak bercakap sangat dengan kau, Zuki. Cuma aku boleh declare dengan kau Zuki, aku 100% setuju dengan kawan kau pelukis tadi. Setuju! 100% setuju, tanpa berkecuali sedikit pun.

Suara Sohil serius. Keadaan jadi diam seketika. Zuki memandang Sohil. Ya, Zuki nampak air muka Sohil memang serius. Zuki percaya apa yang keluar dari mulut Sohil itu. Sohil pula mencapai rokok dan menyalakan di bibirnya. Sebaik dihembus asap pertama, dia memecah suara bertanya balik pada Zuki.

Kau agak sapa yang bakal jadi PM nanti, Zuki?

Mungkin Anwar Ibrahim. Kau?

Aku tak boleh agak. Cuma kalau ikut isi hati aku, aku masih ingin Muhyiddin sebagai PM. Aku nak Muhyiddin dan Perikatan Nasional yang menuai hasil daripada usaha-usaha mereka selama pandemik ini. Bukan pihak lain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.