Bahang Politik IX

“AKU agak kau masih bersentimental lagi dengan Muhyiddin, Sohil. Mendap je aku tengok kau ni, hehe.”

“Sejuk gila, ha ha. Aku sejuk ni. Kau tengok aku siap pakai sweater ni, uhh, dah berbulan-bulan tak pakai sweater. Tak tahan sejuk ni, dah empat hari hujan. Macam nak demam pulak rasa.”

“Jarak sikit lagi dengan aku. Entah-entah kau kena Covid. Kalau tak cek, mana tahu.”

“Aku aware la. Tapi minggu lepas cemas gak. Aku pitam, terhantuk kepala kat pintu belakang, nasib baik tak jatuh ke bawah. Kalau jatuh, tido kat hospital la gamaknya.”

“Takde kau cerita kat aku pun.”

“Aku tak cerita sebab aku tahu aku bukan kena Covid. Masa kawan aku tolong angkat, aku memang tak sedar langsung. Dua orang kawan aku yang tolong angkat tu memang teragak-agak pada mulanya. Sebab dia orang nampak aku kejang, ketar-ketar. Last dia orang angkat jugak. Dan mintak aku buat swab test. Negatif. Alhamdulillah.”

“Hmm. Nasib baik.”

“Kau tak rasa sejuk ke, Zuki?” Pakai jersi bola material spandex mesti sejuk, kan!”

“Kau tahu la aku ni aktif. Bukan asyik tido manjang macam kau. Sejuk tu memang sejuk, tapi tak la sampai menggeledeng-ledeng macam kau.”

“Ya, ya, aku betul-betul sejuk ni tau.”

Hujan di depan Sohil dan Zuki masih belum reda. Dah lebih sejam hujan turun. Walaupun perlahan, kalau nak memotong jalan di depan bangunan tempat mereka berdua tengah melepak sekarang memang basah jawabnya.

Ada orang cerita jangan berlari masa merentas dalam hujan. Kalau berlari, lagi basah jadinya. Kalau berjalan selamba saja dalam hujan, katanya kurang basah.

Sohil sudah beberapa kali bereksperimen dengan pendapat tadi. Dan ternyata pendapat itu benar. Cuma kalau hujan tu maha lebat, dia rasa sama saja berlari atau berjalan secara biasa. Dua-dua pasti akan kuyup basah.

“Kau cakap apa tadi Zuki? Kau cakap aku masih bersentimental dengan Muhyiddin?”

“Ya. Lagak kau nampak macam tu.”

“Ada la jugak. Aku rasa orang Malaysia kehilangan seorang pemimpin yang ikhlas mengambil berat terhadap penduduk dan tanahairnya. Dia tidak menonjolkan dia bijak, perasan hidung tinggi atau mendengung suara berlagak macam pendapatnya sajalah yang maha betul. Tapi dia tenang. Dia memiliki peribadi yang sentiasa ingin bersama dengan setiap orang warga Malaysia. Aku agak orang Malaysia ada rasa connected dengan dia. Satu lagi aku tak nampak dia jenis buat-buat. Aku percaya peribadi dia dah memang macam tu. Dia tidak meletakkan dirinya di atas, jadi dia berupaya untuk memahami kehendak-kehendak ramai. Dia sendiri telah buktikan dia telah merespon dengan baik kesukaran yang dihadapi oleh kita semua sepanjang pandemik ini. Kau pernah dengar dia menyalahkan masyarakat, atau berleter macam orang tua bila ada pihak langgar SOP? Setakat aku ikuti tu aku tak pernah dengar.”

“Tapi lawan politik dia labelkan dia gagal.”

“Ahh, itu biasa. Cumanya kalau berdiri satu lawan satu berhujah, belum tentu lawan politik dia menang. Muhyiddin mampu menghurai sesuatu dengan lancar, tak teragak-agak. Soal setuju atau tak setuju dengan huraian dia, itu bab lain lah.”

“Kalau dibandingkan dengan Mahathir, apa perbezaan kau nampak?”

“Fuhh, kau malam ni buat aku macam panel forum pulak. Tak aci ni, he he. Kalau kau sendiri, apa perbezaan? Nak dengar pendapat kau pulak.”

“Hm, tukar topik lah. Lapar pulak rasa ni. Oder makan jom. Kedai sebelah bukak lagi tu.”

“Alahai, kedekut pengetahuan la kau ni Zuki. Sejak bila jadi macam ni ni? Dulu kau yang lebih banyak bercakap dari aku.”

“Aku tengah berkabung ni. Kucing yang aku bela tu, kau pernah tengok dia kan, hilang dua hari lepas.”

“Ohh, Che Tam tu. Macam mana boleh hilang?”

“Aku tak boleh bercakap. Kesan dia masih lekat mendalam kat aku.”

“Kalau dibanding dengan kehilangan PM Muhyiddin, mana yang lebih kuat kesannya kau rasa?”

“Aku tak boleh cakap, Sohil. Ia sesuatu yang dalaman. Tak mungkin perkataan boleh bercerita keadaannya.”

“OK.”

————————–

Bahang Politik ialah tulisan bersiri dari cerita hidup semasa seorang warganegara bernama, Sohil.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.