Surat Dari Anak Patung

Franz Kafka tidak pernah berkahwin. Kafka tidak mempunyai anak. Suatu hari, waktu di usianya 40 tahun, Kafka seorang diri berjalan kaki di sebuah taman di kota Berlin. Sewaktu menapakkan kakinya Kafka berjumpa dengan seorang kanak-kanak perempuan sedang menangis. Kanak-kanak itu menangis kerana kehilangan anak patungnya. Kafka lalu mengambil keputusan menolong kanak-kanak perempuan itu untuk bersama-sama mencari anak patungnya yang hilang – namun tidak dijumpai.

Kafka kemudiannya memberitahu supaya kanak-kanak perempuan itu menemuinya lagi di tempat yang sama keesokan hari. Kafka berjanji akan kembali semula untuk bersama-sama mencari anak patungnya yang hilang tadi.

Pada esok harinya setelah mereka berdua tidak juga berjaya menemui anak patung itu, Kafka memberikan sepucuk surat yang ditulis oleh anak patung yang hilang itu. Tulis anak patung itu, “tak usah menangis, saya sedang mengembara untuk melihat dunia, nanti saya akan menulis surat untuk awak, bercerita tentang pengembaraan saya.”

Dari situ bermulah cerita dari anak patung melalui suratnya, sambung-bersambung, sehinggalah Kafka meninggal dunia.

Waktu mereka berdua berjumpa, Kafka membaca surat-surat dari anak patung itu yang ditulis dengan cukup teliti menceritakan tentang pengembaraan berserta sekali perbualan-perbualan sepanjang pengembaraannya. Kanak-kanak perempuan sangat menyukainya.

Pada suatu hari Kafka akhirnya mengendong balik anak patung itu yang telah kembali ke kota Berlin.

“Ia tak sama, sangat berbeza dengan anak patung saya,” kata kanak-kanak perempuan itu. Setelah mendengar reaksi darinya, Kafka menyerahkan pula sebuah surat yang ditulis oleh anak patung tadi, tulisnya:

“Pengembaraan saya telah mengubah saya.”

Kanak-kanak itu memeluk anak patung yang berbeza tadi dan membawanya pulang ke rumah dengan perasaan ceria. Setahun selepas itu Kafka meninggal dunia | 1883-1924.

Masa berlalu, setelah kanak-kanak tadi meningkat dewasa, dia secara tak sengaja menjumpai sepucuk surat di dalam tubuh anak patung tadi. Di atas sehelai kertas kecil yang ditandatangani oleh Kafka sendiri, Kafka menulis:

Setiap perkara yang awak sayangi kemungkinannya akan hilang, namun apa yang awak sayangi itu akhirnya akan muncul kembali dalam bentuk yang berbeza.”

————————————————-

sumber Poets and Writers

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.