Politik Semasa Malaysia

oleh BB

Sekalung tahniah di ucapkan kepada Datuk Seri Ismail Sabri (DSIS) atau lebih popular dengan panggilan Pak Long di atas perlantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 9.

Terima kasih juga di ucapkan kepada Tan Sri Muhiyidin Yasin di atas perkhidmatan yang sangat baik sebagai Perdana Menteri ke 8. Pertukaran Perdana Menteri yang sangat baik dalam tempoh 5 hari yang ditangani dengan kebijaksanaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang Dipertuan Agong Malaysia.

Perikatan Nasional (PN) – 115

Bersatu – 31

UMNO (pro PN) – 38

MIC – 1

MCA – 2

PAS – 18

GPS – 18

STAR – 1

BEBAS – 6


Pakatan Harapan (PH) – 105

DAP – 42

PKR – 35

AMANAH – 11

WARISAN – 8

UPKO -1

PSB – 2

PEJUANG / BEBAS – 6

Jumlah kerusi 115 anggota Parlimen Malaysia telah melayakkan Datuk Seri Ismail Sabri dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 9. Saya tertarik untuk membicarakan tentang jangkaan yang akan berlaku pada selepas ini. Hal demikian, kerana politik di Malaysia dilihat tidak berapa stabil. Ini jangkaan yang berlaku.

PERIKATAN NASIONAL (PN) atau KERAJAAN MALAYSIA

Sebelum ini, perlantikan Menteri dilihat memberi kelebihan kepada parti Bersatu namun begitu apabila Perdana Menteri yang baharu daripada kalangan UMNO ianya akan mengubah perlantikan sebelum ini.

Walaubagaimanapun perlantikan Menteri atau Timbalan Menteri tidak menyebabkan parti Bersatu keluar daripada Perikatan Nasional atau Kerajaan Malaysia kerana semua ahli Parlimen telah menyatakan persetujuan kepada Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertua Agong terhadap perlantikan Perdana Menteri baharu.

2021 – 2023

Dua tahun ini merupakan tahun yang sangat kritikal dan penuh cabaran kepada Datuk Seri Ismail Sabri kerana ianya merupakan tempoh tahun bagi pemulihan atau mengatasi masalah Covid 19. Selain itu, tempoh pentadbiran kerajaan yang baharu adalah sehingga tahun 2023 kerana ianya merupakan tempoh 5 tahun sesebuah kerajaan mentadbir negara (2018-2023). Disini dalam tempoh tahun 2021 – 2023 akan diadakan pilihan raya umum ke 15.

Barisan Nasional (UMNO)

Namun begitu, keadaan pada hari ini sangat unit kerana Barisan Nasional memerlukan sokongan daripada parti lain dan mengukuhkan Perikatan Nasional atau Kerajaan Malaysia.

Persoalan yang timbul adalah Datuk Seri Ismail Sabri bukan presiden UMNO yang dilantik sebagai Perdana Menteri. Ini kerana secara totalnya, Perdana Menteri dilantik adalah daripada Presiden Parti. Hal ini, dapat dilihat akan wujud permasalah yang berlaku. Team Datuk Seri Zahid Hamidi dan Team Datuk Seri Ismail Sabri.

Umum mengetahui bahawa parti UMNO perlu melakukan pemilihan parti yang baharu. Jika Datuk Seri Zahid Hamidi mengekalkan kerusi presiden UMNO maka dengan jelas kerjasama dengan parti Bersatu akan berakhir tetapi jika Datuk Seri Ismail Sabri dilantik presiden UMNO maka kerjasama bersama parti Perikatan Nasional akan kekal (tapi belum pasti).Banyak drama dan diluar jangkaan yang berlaku. Tunggu dan lihat.


Parti Bersatu


Parti Bersatu ditubuhkan pada tahun 8 September 2016. Pada PRU-14 Perdana Menteri ke 7 dilantik daripada parti Bersatu dan pada tahun 2020 sekali lagi Perdana Menteri ke 8 telah dilantik daripada parti Bersatu.

Pada permulaan PRU 14 parti Bersatu hanya mendapat 13 kerusi Parlimen dan pada hari ini Bersatu memiliki 31 kerusi Parlimen. Walaupun, pengasas utama Tun Dr Mahathir telah keluar daripada Bersatu namun begitu Parti Bersatu dilihat masih berdiri teguh dibawah pimpinan Tan Sri Muhiyidin Yasin.

Persoalannya, adakah parti Bersatu akan bekerjasama dengan UMNO. Ini kerana 2 perkara besar yang terjadi iaitu menyingkiran Tan Seri Muhiyidin Yasin dan Datuk Seri Faizal. Persoalan kedua, Umno secara jelas telah menolak parti Bersatu dalam perhimpunan Agong pada 2020. Diakui bahawa Parti Bersatu mempunyai pengaruh yang sangat baik walapun penubuhan berusia 5 tahun. Saya akan jangkakan ada kejutan akan berlaku dalam tempoh sebelum pilihan raya ke 15.


Parti MIC, MCA, PBS, STAR dan bebas hanya parti komponen yang sangat kecil di dalam Kerajaan Perikatan Nasional atau Kerajaan Malaysia. Namun begitu, pada pilihan raya akan datang parti komponen ini tidak dilihat akan mendapat majoriti yang banyak. Namun begitu, sumbangan parti ini adalah sangat kuat dan diperlukan. Sebaliknya Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memberikan fokus kepada negeri Sarawak dan menyokong kerajaan yang mentadbir iaitu sama ada PN atau PH.

PAKATAN HARAPAN (PH)


Parti Keadilan Rakyat (PKR)


Setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) menyatakan mempunyai nombor yang cukup membentuk Kerajaan Malaysia tetapi sehingga kini TIDAK ada pembentukan kerajaan Pakatan Harapan. Pada 21.8.2021, DSAI telah menyatakan parti pembangkang akan memberikan fokus kepada pilihan raya umum ke 15.

Hal ini jelas dapat dilihat bahawa DSAI tidak mendapat sokongan yang cukup ahli parlimen untuk membentuk kerajaan Malaysia. Umum mengetahui kekuatan parti PKR adalah sangat kuat di Selangor dan N9. Jangkaan pada pilihan raya umum ke 15 akan datang. Seandainya PKR masih bersama parti DAP maka kerusi ahli palimen atau dun akan berkurangnya. Namun begitu, jika PKR bergabung dengan Barisan Nasional atau Perikatan Nasional maka parti PKR akan dapat berkuasa dan mentadbir negara. Itu hanya jangkaan.


Parti DAP

Umumnya, parti DAP adalah parti yang paling tinggi ahli parlimen iaitu 42 kerusi. Setelah DAP bersama Pakatan Harapan (PH) mentadbir Malaysia (2018-2020). Namun pada ketika ini dilihat populariti parti DAP dilihat sangat menurun di kalangan masyarakat Melayu. Walaupun sokongan daripada kaum Cina kepada DAP adalah 90 peratus ke atas tetapi majoriti kaum di negara Malaysia adalah Melayu dan Bumiputra. Jangkaan pilihan raya umum 15, DAP masih mendapat sokongan kaum Cina tetapi tidak untuk kaum Melayu dan Bumiputera.


Parti Amanah Negara(PAN)


11 kerusi ahli parlimen yang dimenangi oleh parti Amanah adalah kejayaan yang besar pada pilihan raya umum 14. Seperti yang sedia maklum, parti Amanah ditubuhkan adalah daripada serpihan pemimpin PAS sebelum ini. Banyak pendapat, menyatakan parti Amanah adalah bayangan kepada parti DAP bagi mendapatkan sokongan populariti kaum Melayu.

Namun begitu, sokongan parti Amanah tidak begitu kuat kerana tidak memiliki gerak kerja dan pengaruh yang kuat ketika ini. Jangkaan pada pilihan raya umum ke 15, Parti Amanah tidak akan mendapat undi popular di kalangan orang Melayu (selagi bersama DAP).


Parti Warisan


Parti Warisan memperolehi kejayaan yang besar apabila dapat mentadbir negeri Sabah (2018-2020). Parti Warisan juga dapat memecahkan deposit parti UMNO sebelum ini mengusai negeri Sabah. Sehingga kini, pengaruh parti Warisan adalah paling tinggi di Sabah berbanding UMNO, Bersatu, PBS dan STAR. Namun begitu, keunikan geografi dan budaya serta kaum di Sabah telah menyebabkan semua parti dilihat tidak mempunyai kekuatan majoriti selain bergabung. Jangkaan pilihan raya umum 15, Warisan akan kekal dan kuat di Sabah.

Jelaslah ulasan pada kali ini adalah berkaitan dengan ketidakstabilan politik di Malaysia. Walaupun telah dilantik Perdana Menteri yang baharu. Perlantikan Perdana Menteri ke 9 adalah bagi meredakan ketegangan di antara parti UMNO dan Bersatu untuk seketika. Namun begitu, Datuk Seri Ismail Sabri dilihat mempunyai hubungan baik dengan Bersatu, PAS dan GPS serta mendapat restu daripada semua pemimpim parti PN.

Antara menjadi tumpuan dalam tempoh 2021-2023 adalah perhimpunan agong UMNO, Muafakat Nasional, Kerjasama antara Bersatu dan UMNO, pendirian politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, kepercayaan DAP terhadap DSAI, Covid 19, Politik Tun Dr Mahathir dan sebagainya.

One thought on “Politik Semasa Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.