Nama: Kerajaan Malaysia

PERKARA yang tidak pernah berlaku sebelum ini apabila tampuk pemerintahan negara bertukar tangan ialah ketidakpastian apa ‘nama’ kerajaan yang akan diberikan kepada pihak baru yang mengambil alih tampuk tadi.

Setelah Pakatan Harapan memenangi PRU 14, nama kerajaan dirujuk sebagai Kerajaan Pakatan Harapan atau Kerajaan PH. Sebelum kerajaan PH, nama kerajaan ini sinonim dengan BN. Hanya selepas BN tewas baharulah nama yang sinonim tadi berubah bunyi. BN bukan lagi nama yang disebut selepas perkataan kerajaan, sebaliknya nama baru iaitu PH menjadi sebutan. Kerajaan PH.

Di belakang Kerajaan PH ini akan nampak simbol PKR, Bersatu, DAP dan Amanah sebagai teraju utamanya. Manakala gambar pemimpinnya akan nampak gandingan Mahathir dan Anwar.

Apabila pemimpin Bersatu yang berpisah dengan Mahathir membentuk kerajaan baru, mereka membentuk gabungan sendiri yang diberi nama Perikatan Nasional (PN). Meskipun Perikatan Nasional yang dikepalai TS Muhyiddin Yassin tidak sampai pun dua tahun memerintah negara, namun nama PN ini seolah-olah bukan suatu nama yang baru.

Mungkin nama Perikatan Nasional ini sentiasa disebut-sebut oleh kerana apabila mereka mengambil tampuk pemerintahan, negara Malaysia dan seluruh dunia dilanda pandemik Covid 19. Jadi kerap kali Muhyiddin muncul di media secara lintas langsung membuat pengumuman-pengumuman berkenaan pandemik ini.

Dan Muhyiddin merujuk kerajaannya sebagai Kerajaan Perikatan Nasional. Sama seperti Perdana Menteri sebelum ini yang menyebut kerajaan mereka sebagai Kerajaan Barisan Nasional / BN atau Kerajaan Pakatan Harapan / PH.

Penduduk negara seakan bersetuju dengan panggilan kerajaan yang dirujuk kepada gabungan parti mana yang memerintah pada sesuatu tempoh masa itu. Sama ada sebutan Kerajaan BN, Kerajaan PH atau Kerajaan PN, sebutan-sebutan ini tidak menjadi masalah pada orang ramai.

Apabila DS Ismail Sabri dilantik sebagai Perdana Menteri beberapa pihak cuba mendapatkan kepastian ‘adakah kerajaan dibawah pimpinan Perdana Menteri baru ini masih lagi Kerajaan Perikatan Nasional?

Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu dipetik sebagai berkata kerajaan yang bakal dibentuk oleh Ismail Sabri selepas ini kekal sebagai Perikatan Nasional (PN).

Menurutnya, pandangan itu dibuat berdasarkan realiti ‘matematik’ komposisi ahli parlimen yang ada dalam Dewan Rakyat ketika ini. Jadi mereka menganggap ia masih kerajaan PN.

‘Pada kami (Bersatu), ia adalah kerajaan PN kerana boleh dilihat secara matematiknya.

“Kami ada 77 (ahli parlimen) dan kawan sebelah (BN) ada 41 (ahli parlimen)… kami percaya ia mewakili kerajaan PN.” – Ahmad Faizal Azumu.

Semalam dalam sidang medianya selepas melakukan lawatan kerja pertama di Yan, Kedah sebagai Perdana Menteri, Ismai Sabri ditanya wartawan tentang pembentukan kabinetnya termasuk jawatan Timbalan Perdana Menteri yang dikaitkan dengan calonnya dari Sarawak.

Selepas memberikan jawapannya terhadap dua perkara tadi, beliau juga ditanya tentang nama kerajaan yang akan dirujuk nanti. Perdana Menteri ke sembilan ini menjawab –

‘Mengenai nama kerajaan ini, kita guna Kerajaan Malaysia sahaja.’

Jawapan Ismail Sabri ini paling tepat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.