Bahang Politik X

SEKARANG semua dah selesai, kan! Tak perlu la lagi kau kusyuk ikuti cerita-cerita politik. Debarannya dah menurun. Berkurang dah. Syahdunya pun dah hilang, ha ha.

Oh oh oh tuan Zuki, pandai betoi kau hari ni ya… kau bersekolah dengan sapa ni, bukan main lagi menyindir aku.

La, aku cakap betul apa, he he. Sejak aku kenal kau Sohil, aku tak pernah tengok kau serius macam ni tau pasal politik. Tiap kali jumpa aku mesti kau buka topik politik. Hari ni dah takde kan! He he.

Iya, iya dah takde dah. Tamat dah.

Macam mana ya kau boleh sampai bergetar sangat pasal politik, heran aku tau. Sebelum ni aku yang lebih banyak duk cerita politik ni. Sejak dari Langkah Sheraton hari tu sampai la Paklong jadi PM, kau berubah la. Bukan lagi Sohil yang dulu-dulu. Macam dalam satu hari tu kau tak pernah tertinggal satu pun cerita politik.

Beriya tanya ni. Kau nak aku jawab ke?

Jawab la.

Tak ada jawapan pun sebenarnya, Zuki. Ia berlaku secara natural aku rasa.

Hmm.

Walau macam pun bukanlah ia perkara yang terpisah dengan latar belakang aku.

Maksud kau, sebelum aku kenal kau tu, kau dah memang seorang peminat politik la. Kau pernah join mana-mana parti ke?

Sama dengan kau juga, aku banyak masa dengan buku, segala macam benda baca. Isu-isu semasa yang timbul tu, salah satu la. Tentulah satu topik yang selalu riuh yang mengisi isu-isu semasa tadi ialah politik. Yang jadi berita utama dalam suratkhabar pun ialah politik. Hari berganti hari, minggu, bulan, tahun bertukar tahun, sentiasa membaca perkara yang berlaku di sekeliling, jadi ia buat diri aku ni tak tertinggal dengan cerita-cerita politik.

OK aku faham. Cuma masa mula-mula aku kenal kau, kau bukannya minat sangat pasal politik. Kalau bercakap pasal politik, aku yang selalu jadi tukang buka ceritanya. Kenapa, sebelum Muhyiddin dan Perikatan Nasional ambil alih, kau tak teruja ke tentang politik?

Ya. Tak ada teruja.

Apa yang berlaku?

Aku rasa kalau aku berlebih-lebih bercakap duk mengikut hal-hal politik pada masa itu, aku ni seorang yang sesat. Aku tak jumpa apa-apa yang boleh meluaskan perspektif aku, world view aku dalam hal-hal politik pada masa itu.

Masa Najib?

Ya, bermula dengan Najib setelah Pak Lah ditolak ke tepi. Termasuk zaman PH bila mereka menang PRU 14. Aku tak ada ghairah apa pun nak ikut hal politik.

Dan keadaan itu berubah di era PN?

Ya.

Dan sekarang bila PN di bawah Muhyiddin jatuh, kau jadi kembali tak minat politik?

Bukanlah macam tu. Tak ada lah aku tutup telinga-tutup mata bila hal-hal politik itu timbul depan aku. Cumanya keadaan dah reda. Sekarang ni nak tengoklah pula macam mana kerajaan baru ini, Ismail Sabri dan kabinetnya akan bawa negara.

Kau agak PM baru kita dan barisan kabinetnya boleh pergi jauh? Boleh mengubah negara jadi lebih baik dari sebelumnya?

Tak reti aku nak agak, Zuki. Hari ini baru berapa hari Ismail Sabri jadi PM, kabinetnya pun belum terbentuk lagi. Tak ada apa-apa yang boleh diagak.

Konsep keluarga Malaysia?

Boleh tahan, jika betul-betul diambil intinya. Maksud aku walau hangat, walau tegang macam mana sekali pun perbezaan pendapat antara satu sama lain, sudahnya kita masih satu keluarga. Kita akan bersalam, berpeluk, kerana kita sebuah keluarga. Keluarga yang besar, yang PM kita sebut Keluarga Malaysia.

__________________________________

Bahang Politik ialah tulisan bersiri dari cerita hidup semasa seorang warganegara bernama, Sohil.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.