Musytari Boleh Dilihat Jelas Sehingga Akhir Tahun

Suasana malam di bandar raya Georgetown apabila planet Musytari dapat dilihat jelas di langit menerangi seluruh Pulau Pinang dan Seberang Perai. – foto YI CHOONG

PENDUDUK Malaysia berpeluang menyaksikan planet Musytari di langit pada waktu malam sepanjang bulan ini sehingga Disember sekiranya tiada awan atau hujan.

Agensi Angkasa Negara (MySA) menerusi kenyataan dalam akaun sosial rasmi Facebook memberitahu, jika cuaca mengizinkan, planet itu juga boleh dilihat dengan mata kasar selain menggunakan teropong binokular atau teleskop dengan menghadap ke arah ufuk sebelah timur yang bebas daripada sebarang elemen objek halangan.

Menurut MySA, Musytari berada di buruj Aquarius mulai Ogos ini sebelum beranjak sedikit demi sedikit ke sebelah barat dengan merentasi garis sempadan antara Aquarius dan Capricornus.

Planet itu terletak dalam keadaan fenomena oposisi iaitu bertentangan satu garisan dengan bumi dan matahari serta sudut ukuran jasad samawi diameter ketara sebanyak 49 saat arka.

MySA menambah, lokaliti buruj itu sekitar hemisfera selatan bumi yang berhampiran zodiak Sagittarius dan Pegasus dengan bintang tercerahnya terdiri daripada bintang magnitud ketiga.

Permukaan Musytari jelasnya, dapat disaksikan begitu terang dan cerah dengan ciri luaran yang menonjol iaitu Great Red Spot akibat kesan pantulan daripada sinaran penuh matahari.

Dianggap sebagai planet terbesar dalam sistem suria galaksi Bima Sakti dan planet kelima dari matahari, ia memiliki sejumlah 80 bulan yang berputar sebagai objek satelit semula jadi.

Gugusan itu membentuk sistem Jovian malah empat daripadanya bersaiz besar dapat dilihat jelas dengan teleskop iaitu Io, Europa, Ganymede dan Callisto yang digelar Galilean Moons.

Di Pulau Pinang, seorang peminat astronomi tempatan, YI Choong turut berkongsi suasana langit malam negeri itu indah disinari terang planet berkenaan menerusi akaun sosial miliknya yang turut dilampirkan dalam akaun sosial Stargazer Society, meraih reaksi amat menggalakkan ramai warganet khasnya penggemar bidang sains angkasa di seluruh negara.

_________________________________

sumber Utusan Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.