Menunggu Jam 11 Pagi

KEPADA pihak yang berminat, yang sentiasa teruja dengan politik, waktu ini mereka mungkin tidak sabar-sabar lagi menunggu siapakah nanti yang bakal mengisi barisan kabinet Perdana Menteri DS Ismail Sabri.

Minat dan rasa teruja ini boleh dipacu oleh macam-macam sebab. Sebab yang paling dekat selalunya ada kaitan dengan kepentingan peribadi. Misalnya yang diharap akan mengisi kabinet baru itu nanti mungkin dari kalangan sanak-saudara sendiri. Jadi kepentingan-kepentingan yang bakal boleh diraih dari pertalian darah tadi, mudah cakapnya lebih senang diperolehi.

Faktor pertalian darah, faktor hubungan persahabatan yang rapat, faktor satu bumbung ideologi, faktor mereka yang bakal mengisi barisan kabinet itu pernah termakan budi dsb dsb – adalah sandaran-sandaran yang boleh menjadi umpan berharga demi mencapai kepentingan peribadi tadi. Yang usaha ke arahnya baik diolah secara bersembunyi atau tidak bersembunyi. Selalunya secara bersembunyi.

Sewaktu Perdana Menteri melakukan lawatan kerja ke Yan, Kedah ada berita mengatakan rombongan ahli-ahli politik yang telah turut sama turun ke sana jumlahnya sangatlah ramai. Peristiwa ini menjadi viral dan komen-komen yang sinis bertaburan mengisi media sosial.

Seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi Parti UMNO, DS Md Alwi Che Ahmad berkata ahli Parlimen dan semua pemimpin politik daripada Umno perlu membantu menjaga imej Perdana Menteri dengan tidak perlu menunjuk sikap yang lama hingga mengundang kemarahan rakyat.

“Ini kerumun sampai begitu sekali, sampai jadi viral, ramai tak payah lah. Jagalah imej PM daripada UMNO jika kita nak tahan lama.

“PM tak salah, takkan PM hendak halau dan marah, tetapi kita kena tahu dan kita tolong jaga imej parti kita.

“Lagipun, (saya) tidak suka dan tidak seronok tengok komen media sosial yang tak bagus. Dalam masa beberapa hari ini, dah jadi macam dulu-dulu dan sampai tiga batu ikut (konvoi kenderaan yang mengekori). Gembira dan meraikan PM itu bagus tetapi jangan berlebih-lebihan.” – Md Alwi Che Ahmad

Peristiwa mengerumum Perdana Menteri di Yan itu boleh dianggap manifestasi dari faktor satu bumbung ideologi. Hampir mustahil kumpulan yang berkumpul ramai di sana itu dari kalangan mereka yang berada di bawah bendera PKR atau DAP.

Pada pukul 11 pagi, Jumaat 27 Ogos, Perdana Menteri akan mengumunkan senarai barisan kabinetnya. Beliau sebelum itu telah mempersembahkan senarai ini kepada KDYMM untuk berkenan Baginda pada Khamis, 26 Ogos. Dan pada Isnin ini, 30 Ogos, barisan kabinet itu nanti akan mengangkat sumpah di Istana.

Siapa yang bakal tersenyum gembira dan siapa pula cuma sekadar tunduk menelan air liurnya sendiri, bakal diketahui dalam masa beberapa jam lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.