Pesanan Tun Mahathir Kepada Semua Penduduk Malaysia

oleh Tun Mahathir Mohamad

KITA sedang diserang oleh wabak COVID-19, satu malapetaka yang boleh bawa maut kepada ramai dari kita, dari keluarga kita, ibu bapa kita, sahabat kita, kenalan kita.

Sehingga kini sudah 12,000 orang meninggal dunia kerana jangkitan COVID-19. Ramai yang tidak dapat dirawat di hospital dan menjadi teruk dan meninggal. Ramai yang tak dapat makan, jauh sekali dari pendapatan.

Keadaan sekarang amat teruk. Tiap hari 20,000 dijangkiti COVID-19, tidak dapat rawatan, tinggal di rumah, menjadi lebih teruk dan meninggal.

Oleh kerana keadaan ini orang ramai perlu pandang serius wabak ini dan sanggup menerima segala tindakan untuk kurangkan kes baru.

Memang menekan apabila mengamal prosedur operasi standard (SOP). Memang sukar untuk patuh arahan memisah diri dengan jauh dari orang lain sepanjang masa, memakai pelitup muka, membasuh tangan. Memang sukar untuk tidak ke pasar dan lain-lain.

Tetapi jika tidak sanggup mengamal arahan ini, lebih ramai akan dijangkiti, dan maut setiap hari.

Satu cara yang penting ialah suntikan vaksin. Cuba dapat suntikan secepat mungkin. Kita lebih selamat jika disuntik. Ini sahaja cara menyelamat kita. SOP menolong tetapi vaksin lebih mampu selamat kita.

Ya, memang menekan semua ini. Tetapi jika kita tidak sanggup mengalami kesusahan, keadaan akan jadi lebih teruk dan ramai yang akan dijangkiti dan meninggal dunia.


tulisan ini diambil dari FB beliau.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.