Bukan Masyarakat Sivil

Nordin Kardi

SAHABAT saya Shamsudin Osman. Tuan telah berulang ulang mempersoalkan kenapa kebanyakan perkara ditentukan oleh orang politik di Malaysia. Secara mudahnya itu adalah tanda bahawa di Malaysia hampir tiada masyarakat bertamadun atau civil society.

Kehidupan Malaysia adalah kehidupan neo-Feudal. Kuasa Raja mutlak telah diganti dengan kuasa mutlak kerajaan. Kerajaan itu dibentuk oleh orang politik di bawah sistem undian atau yang dinamakan demokrasi. Orang ramai menggantung harap dan jiwa raga kepada wakil feudal iaitu orang politik.

Pengundi pula (mungkin termasuk Tuan dan kawan kawan kita) merasakan bahawa itulah hutang / mandat orang politik kepada pengundinya / rakyat.

Di dalam civil society, masayarakat dibentuk oleh kelompok kelompok yang ada kepentingan bersama / sepunya atau mungkin Yasin Salleh panggil sebagai kebersamaan.

Misalnya, kelompok budaya ada kepentingan bersama dengan orang perniagaan dari segi menikmati hasil seni. Lalu kedua dua kelompok bekerja bersama bagi menghasilkan karya seni sebagai suatu pasukan dengan peranan berbeza mengikut kesesuaian menjayakannya.

Penonton atau pembeli karya pula sanggup membayar supaya pengkarya seni dapat hidup berterusan. Ilmuan pula mendidik masyarakat tentang maksud maksud seni dan cara cara apresiasi senibudaya. Semuanya boleh terjadi dalam satu orkestra yang menjadikan peranan orang politik secara natural menjadi sangat minimal.

Itu yang tiada. Tiada sistem civil society terutamanya dalam bidang budaya, bahkan dalam bidang lain juga. Tuan sendiri seperti seronok jika ada orang politik mendekati atau menyokong budaya. Itu kurang betul. Ini dilema dan paradox tuan sendiri.

Dalam masyarakat sivil peranan orang politik menjadi kecil. Akhirnya kerja mereka hanya membuat dasar dan undang-undang serta menjaga keselamatan sahaja. Yang lain diurus oleh masyarakat sivil.

Biaya untuk orang politik menjadi tidak besar. Keputusan keputusan mereka sentiasa dipersoal oleh masyarakat sivil. Sesuatu dasar atau undang undang ada kalanya perlu buat roadshow dulu menemui pelbagai kelompok masyarakat sivil sebelum dijadikan undang undang oleh Dewan Perundangan. Ini menjadikan tiang utama negara menjadi empat: legislator, eksekutif, judicial dan kelompok kelompok warganegara berkepentingan.

Saya berpendapat tekad budaya tidak akan menghasilkan banyak sekiranya sasarannya hanya orang politik dan beraktiviti senibudaya sesama sendiri. Sasaran hendaklah ditujukan kepada pelbagai kelompok masyarakat berkepentingan dan agen pengembangan tekad budaya hendaklah melibatkan sebanyak banyak kelompok berkepentingan bagi meyakinkan tentang adanya kepentingan bersama atau common interest.

Sebab itu engagement aktivis tekad budaya hendaklah merentasi pelbagai kelompok berkepentingan. Ada perancangan dan pelaksanaan yang teliti dengan melibatkan kepakaran pelbagai seperti ahli falsafahnya, pakar strategi, pakar komunikasi, pembiaya, pelobi undang undang dan banyak lagi. Inilah yang perlu dikembangkan. Tak perlu dekati orang politik pada mulanya dan tak payah kritik orang politik.

Bina gelombang masyarakat berkepentingan dan berkeupayaan menyelesaikan masalah sendiri tanpa orang politik. Tak payah merengek kepada orang politik. Za’ba tidak diberi gelaran Pendeta oleh Menteri atau Perdana Menteri tapi oleh masyarakat sivil. Tanah Melayu merdeka oleh gerakan sivil.

Demikian juga anugerah Sasterawan Negara boleh diambil alih oleh masyarakat sivil tak payah oleh Jemaah Menteri. Di dalam neo-feodal Malaysia nampaknya segala gala pengiktirafan negara tak cukup kemuncak kalau tidak diputus oleh Perdana Menteri dan takde umph kalau majlis penyampaiannya tidak ada Perdana Menteri atau Yang DiPertuan Agong.

Oh sudah tengah malam banyak lagi nak saya perkatakan.

Jam, 12.00 malam.


Dialog ini diambil dari FB beliau

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.