DENDAM – Sebuah Cerpen Hasmini (Bah. 2)

“Tuan, tuan memang bijaklah. Sekali tengok dah boleh buat inferen,” ujar Zain sambil menunjukkan tabik hormat. Raimi menampar bahu lelaki itu perlahan. Dia tidaklah bijak orangnya. Dia hanya perlu membuat pemerhatian dan analisa. Lagi pun itu memang tugasnya sebagai pegawai penyiasat.