Surat Dari Anak Patung

Kafka memberikan sepucuk surat yang ‘ditulis’ oleh anak patung yang hilang itu. Tulis anak patung itu, “tak usahlah menangis, saya sedang mengembara untuk melihat dunia. Nanti saya akan menulis surat untuk awak, bercerita tentang pengembaraan saya.”

Hujan. Cekodok. Perdana Menteri.

Saya melihat himpunan titik-titik hujan memenuhi cermin yang kemudiannya disapu oleh wiper. Kemudian himpunan titik itu berkumpul balik, disapu balik, berhimpun balik, disapu balik dan kereta itu pergi melewati saya sehinggalah mata saya tidak lagi dapat melihat cermin depan keretanya…

Bahang Politik VII

Tak kisahlah usia baju melayunya sudah tiga atau empat tahun, namun dia tetap akan mengenakan sepasang baju melayu lengkap di tubuhnya setiap kali hari raya. Ia sesuatu yang hanya dia dapat rasa, sukar untuk diterbitkan dengan kata-kata…

Bahang Politik VI

“Bab itu aku setuju. No worries, ya, Sohil. Jika sesuatu itu lebih membina dengan tidak memberitahu kepada sesiapa, jadi tak ada asas lagilah untuk kita bagi tahu. Kecuali kalau kita berdua kat sini nak bermain politik, kan?”

Si Keldai dan Pak Belang

′Ia tak ada kena mengena dengan sama ada rumput itu berwarna hijau atau biru. Hukuman dijatuhkan pada kamu kerana tidak seharusnya seseorang yang berani, yang bijak seperti kamu untuk membazir masa bertekak dengan si Keldai. Dan perkara yang paling kamu tidak patut lakukan ialah datang ke sini mencelah aku dengan soalan-soalan begitu.”

Antara Tanggung Jawab dan Risiko

Ada yang mempunyai pilihan pelbagai-bagai. Ada yang boleh memilih yang betul-betul memenuhi citarasanya. Manakala ramai lagi yang tidak berada di posisi macam itu. Pilihan mereka terhad. Hinggakan ada yang di depannya cuma ada dua pilihan, dan dua pilihan itu pula saling bertentangan.

“Kepercayaan”

Jadi ada kalanya kita cenderung mengambil teknologi sebagai jalan penyelesaian terhadap cabaran-cabaran yang pada hakikatnya ia berkait dengan tingkah-laku kita semua. Pada fikiran saya itulah inovasi yang sangat perlu pada waktu ini. Iaitu tentang sains tingkah-laku dan mendapatkan pengetahuan baru…

Malu?

Katanya waktu dia berseorangan dia merasa banyak mata lain yang memandang padanya. Katanya hanya dia yang berseorangan, semua pelanggan lainnya berteman…

Bahang Politik IV

Sohil tahu, bukan setakat tahu, malah cukup maklum satu persatu, detail, bagaimana jalan cerita sampai kawannya bertekad untuk membalas dendam. Memberi respon tidak, hanya akan memotong darah muda kawannya dan Sohil pula akan dipandang pelik. Kalau pun tidaklah sampai dicop belot…