PENYUSAKTI bukan untuk menambah statistik media online sedia ada.
Laman ini menyediakan sesuatu yang lain. Cara berfikir dan melihat sesuatu dengan cara yang berbeza. Perspektif yang dipaparkan juga kerap kali tidak konvensional. Sesungguhnya, kami ingin memberikan hidangan kandungan yang sedikit berbeza daripada media yang lain.
Penyusakti percaya bahawa survival bangsa Malaysia di tanah airnya bergantung kepada ‘kebijaksanaan dan kematangan kesemua warganya.’
Dalam mencapai kewarasan berfikir ini, cara berfikir lama mungkin boleh diterima dengan perubahan, ditinggalkan atau diberi wajah baru. Begitu juga cara lama boleh digabungkan dengan cara-cara yang baru supaya kekal relevan dengan konteks semasa. Dengan cara ini, kita tidak meninggalkan sama sekali kaedah berfikir lama, begitu juga tidak terus teruja dan mengagungkan cara berfikir baru. Dalam hal inilah, Penyusakti percaya kebenaran adalah proses pencarian yang berterusan, namun bukanlah suatu proses yang sia-sia. Penemuan sepanjang proses itu berlangsung boleh diaplikasikan dalam memakmur dan memeriahkan kerangka berfikir warga Malaysia seterusnya membuahkan tindakan yang juga baik dan berkesan.
Penyusakti bukanlah media politik walaupun ada berbincang soal tersebut. Dengan itu kandungannya bukanlah sibuk menari mengikut rentak drama dan sandiwara politik semasa. Ciku cuba berada di dalamnya dengan cara tersendiri, menganalisis politik secara memberi idea kepada pihak yang ingin terlibat di dalamnya. Mungkin akan memberi manfaat tertentu kepada para pembaca tanpa mengira apa ideologinya sekalipun. Dengan kata lain, jenama sesuatu ideologi atau tokoh yang terlibat bukanlah satu keutamaan.
Sebahagian kandungannya juga adalah mengenai hal ehwal sosial dan lain-lainnya tanpa ingin menjurus langsung kepada satu-satu bidang itu. Ciku tidak menetapkan sempadan bidang. Kesemuanya boleh dibincangkan dengan meletakkan rasional pada tempatnya yang sesuai. Dengan kata lain, sempadannya ialah rasionaliti dalam membincangkan sesuatu isu, bukannya bidang tertentu yang dikotak-kotakkan ke dalam apa disiplin sekalipun.
Dalam mencapai objektifnya itu, iaitu mengajak pembaca ke arah kewarasan berfikir maka perkara di sekitar persoalan yang diangkat akan dibincangkan dalam pelbagai perspektif. Akan ada tulisan berkenaan sejarah, ideologi, hal ehwal warga, pendidikan, ekonomi dan undang-undang dan sebagainya. Begitu juga dalam mendapatkan pandangan yang segar dan bernas dari pakar-pakar tertentu, wawancara bersama mereka akan disiarkan.
Manakala dalam sesetengah keadaan, ‘pointers’ disediakan bagi menjawab isu-isu yang berbangkit dan berkepentingan kepada warga supaya lebih menggalakkan mereka mempunyai perspektif yang lebih pelbagai. Pendek kata, kesemuanya berpaksikan kearah mencapai kejernihan berfikir kerana Penyusakti berpandangan Negara tercinta hanya boleh diterajui oleh mereka yang mewakili pemikiran terbaik yang boleh mengurus kesemua kehendak-kehendak warganya. Kehendak-kehendak liar di luar kerangka tersebut perlulah diberi perhatian teliti demi kepentingan keseluruhan kumpulan warga.
Secara teknikalnya dalam upaya mencapai apa yang terbaik kepada pembaca, Penyusakti bersedia untuk menyiarkan kesemua pandangan yang munasabah untuk disiarkan. Bukan sahaja artikel dari pembaca, komen-komen pembaca akan disiarkan dengan mengambilkira aspek di atas.
Moga-moga dengan kehadiran Penyusakti ianya bakal menambah sebuah lagi media yang bermanfaat untuk dibaca dan dikongsi ceritanya oleh pembaca.
Selamat membaca.
Saya amat memerlukan bantuan datuk utk ringankn wl sedikit bebanan saya. Saya ibu tunggal dn jgk tiada pekerjaan. Saya dari kampung kuala muda, penaga, pulau pinang. Di sini saya tinggalkn no fon sya kepada datuk. Sya brhrap sgt agar datuk dpt menolong saya. Trm ksh
LikeLike
No fon saya 011-15812375.
LikeLike
assalamuailaaku.. sya perlu kn bantuan ..semoga Allah makbul doa ku ni ya Allah 01133399862
LikeLike
salam datuk saya junainah abu bakar seorang ibu tunggal dgn 3 ank dalam jagaan saya ingin sangat mohon dari segi kewangan duit sdwa saya kena jelas kan hari ni juga kalu tidak saya kena kuar rumah sewa saya ini selama 4bulan saya tidak mampu bayar disebabkan saya sanggup berhenti kerja jaga ank oku saya yg didera oleh pengasuh yg jaga ank saya ini dr situ saya hilang punca pencarian sehingga tak dapat jelaskan sewa rumah saya ini x tahu dah saya nk mintk tolong bantuan kewangan umtuk jelas kan duit sewa rumah saya sebanyak1200 sslama 4 bulan sebjlan rm300 sebingga tuan rumah nak juga2 saya jelas kan hari ni juga saya serah ja pada allah ni no akaun saya 157081382052 maybank junainah abu bakar
LikeLike
Saya benar-benar perlukan bantuan kewangan rm 5,000.00 untuk bayaran tertunggak kereta. Hubungi segera 016-4471614 (pembetulan no hp)
LikeLike
Salam saya perlukan bantuan kewangan rm 5,000.00 bayaran tertunggak kereta yang dalam proses transfer . saya benar-benar perlukan bantuan. Hubungi 016-5544 4657
LikeLike
Mohon bantuan pinjaman.dari dato..sangat terdesak..mohon hubungi saya..01133797002
LikeLike
salam sejatere …nama says santhini saya dalam kesusahan yang amat sekali …saya ingin cakap dengan encik no saya 0111 6239223
LikeLike