Bukan Masyarakat Sivil

Aktivis budaya, Shamsudin Osman yang lebih dikenali sebagai Dinsman di dalam tulisannya mempersoalkan kenapa di dalam urusan hidup di Malaysia banyak perkaranya ditentukan oleh politik. Segala-galanya diletak ke tangan orang yang memegang kuasa iaitu orang politik. Naib Canselor USAS, TS Nordin Kardi membedah persoalan ini sebagai respons kepada Dinsman…

Pengamatan Saya

Pemikir pemikirnya pun semua SENTIMENTALIS. Ya ada anak muda dilibatkan. Tapi semua kosmetik. Jika pemikir tua dihujah mereka boleh berkata ‘ you shut up, I m not going to waste my time listening to your rubbish’. Maka matilah idea raw itu…

Label Hitam

Ekoran dari pandemik ini terus merekodkan kenaikan kes yang tinggi, secara konsisten, yang mungkin sebelum ini tidak dijangka kesnya sampai berbelas ribu kes setiap hari oleh majoriti penduduk Malaysia, ia akhirnya menjadi modal ibarat bom atom untuk menjatuhkan kerajaan semasa, khususnya membuka pintu keluar untuk Muhyiddin Yassin dari pejabat nombor 1 Putrajaya, selaku Perdana Menteri…

Pengembaraan Seorang Calon PhD

Apa pun matlamatnya, ia mestilah sama iaitu bagi menjawab ‘scientific curiosity’ yang tak terjawab oleh bangun tubuh ilmu sedia ada yang sudah direkodkan dan tidak juga dijawab oleh rakan sama bidang secara lisan melalui medium ilmuan seperti seminar, kolokium, bengkel dan sebagainya

Masyarakat Cemerlang – Nordin Kardi

Saya mentafsir masyarakat cemerlang sebagai sebuah institusi yang berkesan bagi membolehkan ahlinya tumbuh dan berkembang dengan sempurna. Ia juga adalah sistem yang membolehkan setiap individu mencapai kehendaknya semaksimum mungkin. Ahli masyarakat menikmati kegembiraan hidup berada di dalamnya. Anggota masyarakat cemerlang mempunyai visi dan misi yang mengutamakan hasil pencapaian. Kejayaan individu bukan kerana kebetulan menimpa individu…

Ucapan Terakhir Nordin Kardi Sebagai KP BTN

BELAJAR TERUS BELAJAR Rakan-rakan saya di BTN yang dikasihi, Terima kasih kerana telah menyumbang dengan berkesan pada tahun lalu dan bersedia pula untuk sama-sama bersusah dan bersenang menghadapi cabaran 2005. Tahniah kepada yang dinaikkan pangkat atau dinaikkan peranan. Selamat datang kepada yang sudi menjadi anggota baru keluarga besar BTN. Kita dapat dengar dan lihat banyak…

Pilihan Socrates Bila Bertembung Kebenaran dan Survival Diri

SEWAKTU Socrates dihukum mati dengan meminum racun kerana menyuarakan pendiriannya yang berbeza dengan pemerintah dia mempunyai beberapa pilihan: 1. Lari dari bumi Roma dan mencari suaka di bumi lain. Socrates tidak memilih pilihan ini dengan berkata di tempat baharu lambat atau laun dia akan menghadapi masalah yang sama kerana dia tidak akan berpegang kepada yg…