Kluster Raya

Sekarang musibah telah berlaku angkara tangan sendiri bukan tangan orang lain. Tak perlu tuding jari kepada sesiapa. Hakikatnya kita yang salah. Akhirnya kita nangis sama-sama melihat angka kematian meningkat setiap hari merentas sempadan umur. Jangan sampai katil ICU di Terengganu sudah tidak berbaki. Masih tak berbekaskah hati nurani kita?