Di Penjara Setahun Hina TMJ, Sultan Johor

MUHAMMAD Amirul Azwan Mohd Shakti didakwa atas 14 tuduhan kerana penghinaan terhadap institusi Diraja Johor di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.
Johor Bahru: Seorang lelaki berusia 19 tahun dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Sesyen di sini atas 14 pertuduhan membuat komen jelek dan bersifat menghina Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim di Facebook.

Hakim, Sabariah Atan menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Muhammad Amirul Azwan Mohd Shakri yang didakwa melakukan perbuatan berkenaan sepanjang Mac dan April lalu.

Hakim mengarahkan hukuman terhadap semua pertuduhan dijalankan serentak dari tarikh tertuduh ditangkap pada 28 April lalu.

Tertuduh yang berasal dari Tumpat, Kelantan mengaku salah atas semua pertuduhan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi satu tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam manakala kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya Nor Azizah Mohamad.-Hmetro

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s