Rakaman Eksklusif Sebatan Cara Syariah Di Malaysia

RAKAMAN eksklusif video sebatan syariah yang dilaksanakan di dalam mahkamah sivil di Malaysia tersebar dalam media sosial beberapa hari lalu.

Mahkamah syariah pernah melaksanakan hukuman sebatan cara syariah di tempat awam yang mana ianya dilaksanakan di Mahkamah Tinggi Sivil Tawau, Sabah.

Hukuman sebat tersebut dijalankan ke atas pasangan kerana kesalahan syariah dan turut disaksikan oleh pengamal undang-undang dari mahkamah sivil.

Proses sebatan tersebut dijalankan mengikut prosedur sebatan yang termaktub dalam undang-undang dan dilaksanakan oleh pegawai sebatan dari Jabatan Penjara Malaysia.

Berdasarkan pemerhatian, sebatan syariah adalah sangat berbeza dengan sebatan jenayah di mahkamah sivil yang mana sebatan syariah tidak melukakan tubuh badan pesalah walaupun dikenakan 6 kali sebatan berbanding satu sebatan sivil yang mampu melukakan kulit punggung pesalah.

Apa yang penting adalah memberi kefahaman kepada masyarakat yang nampak seperti sangat takut kepada sebatan syariah berikutan cadangan Ahli Parlimen Marang pada sesi terakhir Parlimen November lalu untuk meminda akta tersebut bagi menaikkan hukuman maksimum kesalahan syariah kepada penjara 30 tahun, denda RM100,000 dan 100 sebatan rotan, daripada penjara 3 tahun, denda RM5,000 dan 6 sebatan rotan.

Ini bermakna sebatan dari segi syariah ialah untuk mengajar dan mentarbiah pesalah agar mereka tidak lagi mengulangi perbuatan atau akan menakutkan pelaku yang belum lakukan, sekali gus mengurangkan kes-kes jenayah syariah.

Sumber video: Sahabat Mahkamah Syariah

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s