Isu Kalimah Allah: Kontradik Tahap Maksima

imagesE108

 

SEKURANG-KURANGNYA dua orang yang telah mengisytihar dan membuat seruan agar isu kalimah Allah ditamatkan perdebatannya. Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam satu kenyataannya memberitahu dengan resolusi Majlis Syura terbaru, maka isu itu telah berakhir dengan rasminya. Manakala Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) melalui kenyataan akhbar presidennya, Amidi Adnan meminta kesemua pihak menghormati keputusan Majlis Syura PAS. Malah beliau menggunakan istilah ‘gencatan’ dalam kenyataannya bagi menggambarkan bahawa isu ini sebetulnya menjadi seakan-akan perang antara kumpulan pro PAS dan pro kerajaan.

Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR sebaliknya menyatakan bahawa PKR menghormati keputusan Majlis Syura namun keputusan itu hanya berlaku untuk parti PAS. Keputusan asal Pakatan Rakyat masih kekal, iaitu membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada bukan Islam, termasuklah untuk versi cetakan kitab agamanya.
Jika sekiranya saya seorang ahli PAS, saya pasti akan mengalami kompleksiti hala tuju politik yang amat pelik dan kontradik di tahap maksima. Di dalam parti, saya diminta mendokong bahawa penggunaan kalimah oleh bukan Islam tidak dibolehkan. Sekiranya saya berbuat sebaliknya, saya boleh dianggap mencemarkan akidah saya sendiri, sesuatu yang menjadi sebahagian akar perjuangan saya di dalam parti.
Manakala di peringkat nasional, di mana saya diikat dan tunduk kepada konsensus yang lebih besar, saya dikehendaki tunduk dan bersetuju bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam. Implikasinya boleh membawa makna kitab-kitab agama Kristian boleh dicetak dalam bahasa Melayu menggunakan nama Allah di dalamnya sebagai terjemahan God dan boleh disebarkan di negeri-negeri Pakatan Rakyat termasuklah di Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang ataupun seluruh Malaysia sekiranya PR memenangi PRU ke 13.
Saya sebagai ahli PAS akan diingatkan bahawa di peringkat nasional juga, Presiden parti saya mewakili konsensus tiga parti telah pun bersetuju berkenaan penggunaannya. Sekalipun PAS mungkin menarik balik kebenaran awal yang diberi, namun dua parti lain nampaknya teguh dan tegap dengan pendirian sebelumnya.
Apakah sekiranya selaku Muslim tradisional dan konservatif, yang merupakan ahli PAS seumur hidup akidah saya adalah betul sebagai Islam di peringkat keahlian PAS sahaja, tetapi saya menjadi seorang murtad di peringkat nasional apabila turut bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah untuk bukan Islam, jika mengikut tafsiran beberapa seorang ulama tertentu.
Dengan demikian, cara penyelesaian oleh PAS dan Pakatan Rakyat dalam isu kalimah Allah ini boleh dilihat dari banyak sudut. Dari sudut PAS, ianya boleh dibaca sebagai PAS dilihat mengambil mudah isu yang mengancam akidah umat Islam. Adakah isu yang begitu besar dan signifikan akan ditamatkan dengan keputusan mursyidul amnya. Mungkin ianya mudah kepada politik PAS apabila isu ini nampaknya tidak menguntungkan mereka dari segi politik.
Namun, sesetengah pihak menganggap isu ini amat menguntungkan DAP. Melaluinya, DAP yakin bahawa sekiranya Pakatan Rakyat menang, mereka akan dapat mengawal PAS daripada menguasai kepimpinan politik tanahair sekiranya PAS mahu meletakkan Haji Hadi sebagai Perdana Menteri.
Mereka berjaya mendedahkan bahawa PAS sebuah parti yang tidak berupaya menjadi sebuah parti yang boleh menjaga kepentingan warga Malaysia pelbagai kaum. Suaris pernah menyiarkan tulisan Zainudin Omar [disini] yang menulis bagaimana PAS akan menjadikan model Mesir di mana Ikhwanul Muslimin mempergunakan parti-parti sekular dan Kristian untuk mendapat kuasa dan memungkiri  janji mereka apabila Mohammad Morsi berjaya dilantik menjadi Presiden.
Sekiranya saya seorang pro kerajaan dan ahli UMNO pula, saya tidak akan cepat-cepat menerima ‘gencatan mulut’ (bukan senjata) yang disyorkan oleh ABIM itu. Saya boleh menerimanya secara bersyarat disebabkan ‘dosa’ PAS dalam isu kalimah Allah bukan senang untuk dibersihkan dengan mudah. Ia telah menjatuhkan maruah semua orang Islam di Malaysia, bukan ahli PAS sahaja.
Sebagai ahli UMNO, saya akan memberikan dua syarat utama sebagai janji penyelesaian kepada isu ini; pertamanya saya akan meminta PAS menyelesaikan isu akidah ahli-ahlinya dulu di peringkat parti dan juga di peringkat gabungan Pakatan Rakyat. Ini bermakna Presiden PAS haruslah memilih untuk mengisytiharkan bahawa PAS bermufarakah dengan Pakatan Rakyat dan mengisytiharkan bahawa Allah hanya untuk orang Islam. Ini bermakna Pas hanya bersetuju dalam perkara lain dalam gabungan, bukannya dalam isu menggadai akidah umat Islam.
Keduanya, saya akan meminta Presiden PAS dan Mursyidul Amnya menghentikan dan menarik balik serta merta tuduhan-tuduhan serta kata-kata yang membawa makna bahawa UMNO sebagai kafir, taghut dan sebagainya tanpa berselindung di sebalik mainan kata-kata yang akhirnya membawa makna yang sama. Keikhlasan keduanya adalah dituntut supaya mereka, menjelang pilihan raya tidak lagi mengungkit  soal akidah orang-orang UMNO sebagai bahan untuk memancing undi semata-mata. UMNO tidak akan mendapat sebarang untung dari perisytiharan berkenaan, melainkan agama Islam akan terjaga dari kumpulan orang yang menjual agama untuk dana dan undi pilihan raya.
Sekiranya saya sebagai orang UMNO, mendapati bahawa PAS masih berdegil tidak berganjak daripada tuntutan yang dibuat, saya cadangkan isu ini diteruskan dengan satu ingatan, bahawa orang PAS keseluruhannya boleh diragui akidahnya di peringkat gabungan Pakatan Rakyat kerana mereka, yang diwakili oleh Presiden mereka terus bersetuju dengan keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat itu. Dengan itu, perjuangan UMNO amat penting dalam usaha menjaga kemurnian akidah umat Islam dari digadai oleh pihak yang bertopengkan Islam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.