UMNO Dungun Bina Bangunan Baharu Dengan Kos RM100 Juta

DUNGUN: UMNO Bahagian Dungun akan membina sebuah bangunan empat tingkat yang dilengkapi kompleks beli-belah dan pelbagai kemudahan lain dengan kos RM100 juta di Sura Jetty di sini.

Ketuanya Datuk Din Adam berkata bangunan yang akan dikenali sebagai Dungun Sura Outlet itu akan mula dibina hujung tahun ini di tapak milik UMNO seluas 1.64 hektar.
umno terengganu
“Selain menempatkan pejabat UMNO, bangunan itu akan dilengkapi dengan kompleks beli-belah, pawagam dan sebuah dewan. Ia akan menjadi satu lagi mercu tanda kekuatan UMNO di Dungun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap bersempena pelancaran gerak kerja pilihan raya umum ke-14 Parlimen Dungun dan Himpunan Padu Rakyat Dungun yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Din yang juga Pegawai Pembangunan Parlimen Dungun berkata, kehadiran Timbalan Perdana Menteri ke daerah Dungun menyuntik semangat Barisan Nasional dan UMNO bahagian itu bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

— BERNAMA

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.