Aset Bersih Rafizi RM1.56 Juta, RM4,000 Sebulan Dari Tabung Haji

NAIB Presiden PKR, Rafizi Ramli memiliki aset bersih sebanyak RM1.56 juta, selain mendapat faedah kira-kira RM4,000 sebulan daripada Tabung Haji dan Amanah Saham Bumiputera (ASB).

rafizi1
Simpanan Tetap beliau di ASB sebanyak RM212,000, manakala simpanan di Tabung Haji Sebanyak RM464,372 dan di KWSP sebanyak RM644,909.47.

Perkara ini dilaporkan secara meluas dalam media arus perdana dan media elektronik ketika beliau mengisytiharkan hartanyaseperti dilaporkan dalam Malaysiakini tahun lalu yang boleh diakses https://www.malaysiakini.com/news/291534.

Rafizi juga mendapat RM3,000 sebulan sebagai perunding korporat.

Beliau menulis dalam laman webnya yang boleh diakses di sini http://rafiziramli.com/2015/03/akuan-berkanun-pengisytiharan-harta/ , begini:

Bersama-sama ini saya sertakan Akuan Berkanun (statutory declaration) yang saya sempurnakan pada hari ini dengan perincian harta, hutang, pendapatan dan perbelanjaan saya sebagai Ahli Parlimen. Saya juga memberikan latar belakang pendapatan dan kedudukan harta saya sebelum saya menjadi ahli politik dan wakil rakyat.

Perincian ini disertakan juga dengan bukti dokumen dari penyata-penyata bank, simpanan dan lain-lain. Bukti mengenai nilaian harta dan kenderaan boleh didapati sendiri di laman internet.

Saya mengambil langkah ini untuk menyahut cabaran pemimpin Umno sebelum ini supaya pimpinan Pakatan Rakyat mengisytiharkan harta. Saya percaya jika saya yang tidak mempunyai apa-apa jawatan kerajaan dan tidak mempunyai kuasa boleh mengisytiharkan harta, maka menjadi tanggungjawab moral dan amanah bagi setiap Menteri di dalam Jemaah Menteri hinggalah ke Perdana Menteri untuk turut mengisytiharkan harta, hutang, pendapatan dan perbelanjaan.
rafizigrafik
Saya menasihatkan Dato’ Seri Najib Tun Razak menggunakan kaedah ini untuk membersihkan namanya yang dikaitkan dengan kemewahan yang tidak berpadanan dengan gaji. Jika benar beliau mewarisi harta yang banyak dari Allahyarham Tun Abdul Razak Dato’ Hussein seperti kenyataan Pejabat Perdana Menteri, maka beliau perlu memperincikan setiap harta warisan itu seperti mana saya memperincikan harta saya.

Saya yakin langkah mengisytiharkan harta sebegini disokong sepenuhnya oleh rakyat.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

http://rafiziramli.com/wp-content/uploads/2015/03/Final-Statutory-Declaration-Rafizi-Ramli-Assets-10032015.pdf
Gambar: Hiasan

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s