oleh Kori Ariff
KETIKA zaman remaja dulu terlibat dengan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung | GPMS yang Presidennya waktu itu pakdin Nordin Kardi mencadangkan untuk melihat spesies ayam untuk pembangunan belia.
Tiga jenis ayam dikenali, boleh dimodelkan:
- Ayam ternak komersi
- Ayam kampung
- Ayam hutan
Model ayam ternak komersil dipelihara secara banyak, dan cepat menghasilkan telur dan daging untuk kegunaan manusia.
Kebanyakan diternak dalam satu reban yang disediakan segalanya – makanan, minuman dan ubat-ubatan tanpa mereka perlu bergerak ke mana.
Mereka tidak lagi mengenali asal habitat mereka. Mereka tidak mengenali fitrah asal mereka. Pun begitu, khidmat kepada manusia begitu bagus sekali – yang sekali pandang, itulah justifikasi hidupnya atas bumi ini.
Jenis kedua ialah ayam kampung. Ayam kampung diternak di kawasan sekitar rumah. Dijinakkan daripada hibatat asalnya di hutan.
Berbanding ayam ternak komersil, ayam kampung diberi lebih banyak kebebasan dan kemerdekaan diri mereka menyebabkan mereka boleh ke sana sini sesuka hati.
Sesekali ayam ini menganggu jiran sekeliling atas nama kebebasan yang mereka miliki.
Dari sudut berfaedah dan justifikasi hidupnya, mereka lebih lambat boleh disembelih dan lambat mengeluarkan telur.
Dari segi harga di pasaran, ayam ternak komersil kini sekitar RM7 sekilo, manakala ayam kampung sekitar Rm14 sekilo.
Model ketiga ialah ayam hutan. Mereka hidup dalam habitat semulajadi dan mengekalkan kefitrahan ayam.
Boleh terbang tinggi dengan kelajuan jauh luar biasa berbanding ayam kampung.
Ayam hutan lebih merdeka berbanding kedua-dua jenis ayam sebelumnya.
Semoga model ini boleh jadi bahan perenungan sambil-sambil happy berkaroeke buat YB Datuk Seri Faizal Azumu.