HUJAH MUKHRIZ TAK KUAT

Semua ADUN ada cita-cita nak jadi Menteri Besar.

Pemimpin Kedah termasuk Menterinya Dato’ Seri Jamil mahukan jawatan Yang Amat Berhormat itu.2016-01-23-10.06.32.png.png

Mukhriz tak lagi bersama dengan pucuk pimpinan.

Ayahnya Tun Mahathir masih lagi lantang mengkritik Datuk Seri Naj8b Tun Razak, sedangkan pemberian jawatan Menteri Besar dulu kompromi bagi menjinakkan Tun.

Hujah Mukhriz agar oeralihan berlaku.selepas.PRU14 juga sukar diterima pemimoin UMNO, kerana jika kalah, Najib juga akan dipersalahkan.

Hujah rakyat menyokong MB sekarang juga tak kuat kerana Pakatan Rakyat mendakwa mereka mempunyai undi popular lebih ramai, tetapi kerajaan tetap kepada Barisan Nasional.

Hujah pertukaran memerlukan persetujuan ADUN, bukan Ketua Bahagian memang betul tetapi tidak tepat.

Menteri Besar Selangor Datuk Khalid Ibrahim ditukar kerana hampir alasan yang sama, tidak bersama dengan pucuk kepimpinan.

Prerogatif masih ditangan Najib dan dalam proses pelaksanaan itu, akan dibuat melalui proses perlembagaan seperti mengandap Pemangku Raja.

Hujah-hujah ini memberi gambaran jangka hayat Mukhriz kini.hanya membilang hari.

Utusan Malaysia melaporkan Najib Tun Razak memberi jaminan akan meneliti permohonan dan hasrat hati UMNO Kedah yang mahukan beliau melakukan perubahan dalam kepemimpinan parti itu di negeri tersebut dengan menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar.

Dalam pertemuan beliau de­ngan barisan kepemimpinan UMNO dan Exco kerajaan negeri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini, Najib yang juga Presiden UMNO berkata, beliau akan meneliti semua perkara sebelum membuat sebarang keputusan.

“Perdana Menteri akui apa yang berlaku adalah suara yang dibawa oleh ketua-ketua bahagian di Kedah, oleh itu beliau minta diberi masa untuk membuat keputusan kerana apa juga tindakan perlu mengambil kira kesan kepada UMNO Kedah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti.

“Selain itu beliau juga menuntut kesetiaan semua pemimpin UMNO negeri tersebut terutamanya apabila keputusan dibuat dalam tempoh sehari dua lagi,’’ kata satu sumber yang turut menghadiri mesyuarat berkenaan.

Mesyuarat itu dihadiri oleh lebih 50 orang pemimpin UMNO Kedah. Antara yang hadir Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah; Ahli Parlimen Jerai Datuk Seri Dr. Jamil Khir Baharom; Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjong Dawai, Datuk Tajol Urus Mat Zain; Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Johari Baharum dan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim.

Selain itu beberapa Exco Kerajaan Negeri dan ADUN yang dikatakan menyokong Mukhriz tidak hadir. Exco tersebut ialah Datuk Aminuddin Omar, Datuk Suraya Yaakob, Datuk Dr. Ku Rahman Ku Ismail dan Datuk Noor Sabrina Mohd.Noor.

Menurut sumber itu, kesemua pemimpin UMNO yang hadir sepakat meminta Perdana Menteri menyelesaikan isu tersebut dengan segera termasuk menghadap Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah secepat mungkin.

“Dalam mesyuarat itu, Ahmad Bashah yang mewakili kepemimpinan UMNO Kedah menjelaskan apa yang berlaku dan mahu Perdana Menteri membuat perubahan terhadap kepemimpinan UMNO Kedah demi memastikan parti itu terus berkuasa,’’ katanya.

Ditanya mengenai calon Menteri Besar bagi menggantikan Mukhriz, sumber itu berkata, setakat ini Ahmad Bashah merupakan calon utama dan pengumuman mengenai­nya akan dilakukan dalam tempoh sehari dua lagi.

“Ada pihak memaklumkan majlis angkat sumpah dijangka diadakan pada penghujung bulan ini di Istana Anak Bukit,”.

Posted from WordPress for Android

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.