ERRA FAZIRA MASIH SINGLE

Perkhabaran kononnya selebriti jelita, Erra Fazira, 42, bakal menamatkan zaman janda semakin hangat diperkatakan.

Terbaharu, heroin filem Sembilu itu dikatakan sudah mengikat tali pertunangan dengan Juara Akademi Fantasia ke-8, Shahir, 28.
images-2.jpeg
Lebih menguatkan spekulasi itu, baru-baru ini keluarga Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi dikatakan telah me­nemui ibu Erra, Azizah Zaik untuk meluahkan hasrat mahu meminang bekas Ratu Cantik Malaysia 1992 itu.

Pun begitu, ketika dihubungi Kosmo!, Erra menafikan sekeras-kerasnya gosip liar itu.

“Bila masa pula Shahir masuk meminang? Saya tengah kerja di Chiang Mai,” katanya yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem Soulmate di Chiang Mai, Thailand.

Sumber: Kosmo

One thought on “ERRA FAZIRA MASIH SINGLE

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.