Sanjeevan Disambung Reman Sehingga Khamis

KUALA LUMPUR: Tempoh reman pengerusi Badan Bertindak Pemerhati Jenayah (MyWatch), Datuk R. Sri Sanjeevan dan pemandunya seorang lelaki warga India, dilanjutkan sehingga Khamis ini bagi membolehkan pihak polis melengkapkan siasatan kes peras ugut.

sanjeevan criminal
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh ketika mengesahkan perkara berkenaan.

Pada 22 Jun lepas, mereka ditahan polis berdekatan Plaza Tol Nilai kerana dipercayai melakukan ugutan jenayah dan peras ugut.

Menurut laporan portal berita, pengerusi NGO berumur 32 tahun itu yang tinggal di Kajang, ditahan oleh pasukan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat Bukit Aman, sebaik menerima wang perlindungan RM25,000 daripada pengadu, seorang pengusaha perjudian haram berumur 38 tahun.

Menurut laporan itu, dalam tangkapan pukul 10.50 malam itu, polis turut menemukan wang tunai RM16,080 di dalam kereta suspek.
sanjeevan criminal 1
Dalam laporan Mstar sebelum ini, pada 4 Oktober 2014, bekas calon Naib Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) ini telah membayar wang berjumlah hampir RM340,000 untuk dua nombor plat kereta BMW.

Berdasarkan gambar yang telah menjadi viral di Twitter dan aplikasi mesej segera WhatsApp, Sanjeevan membeli dua nombor plat iaitu BMW8 dan BMW11 masing-masing dengan harga RM174,776 dan RM165,000.

Gambar tersebut juga menunjukkan pembida yang berjaya bagi nombor 1 hingga 12 dengan pangkal BMW, untuk kereta yang berdaftar dengan JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) Selangor.

Siri nombor plat BMW ini terbuka untuk tender awam di pejabat JPJ di seluruh negara dari 14 hingga 28 Ogos.

Antara pemilik plat BMW baharu itu termasuklah jaguh badminton Datuk Lee Chong Wei, yang membayar RM97,777 untuk BMW6, Tengku Ahmad Shah (BMW3, RM132,000) dan Tengku Sulaiman Shah (BMW5, RM188,100) serta anggota pentadbiran kerajaan yang tidak dinyatakan nama harga tempahan untuk plat nombor BMW1, BMW2, BMW7, BMW9 dan BMW10. – mstar

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.