UMNO KEDAH BERGOLAK KENCANG

mukhriz

ALOR SETAR: Pemimpin UMNO Kedah hilang kepercayaan terhadap Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah dan Pengerusi UMNO negeri.

Perkara itu diumumkan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah selepas perjumpaan tertutup pemimpin UMNO negeri di Grand Alora Hotel, Alor Setar, sebentar tadi.

Sehubungan itu, katanya, seluruh kepimpinan UMNO Kedah merayu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat perubahan segera terhadap kepimpinan tertinggi parti negeri dan jawatan Menteri Besar Kedah.

Seramai 14 ketua bahagian hadir kecuali Jerlun, Padang Terap dan Kulim Bandar Baharu yang diwakili timbalan ketua bahagian masing-masing.

Yang hadir sama ketua semua sayap parti dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional.

Mengulas lanjut, Ahmad Bashah berkata, kata sepakat itu dicapai berikutan kelemahan serta ketidakupayaan Mukhriz yang dilihat gagal menyatupadukan kepimpinan dan jentera parti di semua peringkat.

Alasan lain diberikan, katanya termasuk tiada sebarang perancangan strategik parti dilakukan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), serta kegagalan Mukhriz dalam mengetuai dan menggerakkan jentera parti selepas mengambil alih kepimpinan negeri.

“Sebagai Menteri Besar, beliau gagal mengurus tadbir kerajaan negeri secara berkesan. “Dengan ini kami merayu keprihatinan Perdana Menteri untuk membuat perubahan segera ke atas kepimpinan tertinggi parti negeri serta jawatan Menteri Besar Kedah,” katanya.

SUMBER: BERITA HARIAN

LAPORAN DARI MAJLSI BERKENAAN:

KENYATAAN AKHBAR MENDESAK PERUBAHAN PUCUK PIMPINAN NEGERI KEDAH.

Pada 20 JAN 2016, l/kurang jam 1525 hingga 1540, bertempat di Bilik Mesyuarat Halia 2, Tingkat 2, Hotel Grand Alora, ALOR SETAR, UMNO KEDAH yang diketuai oleh Dato’ AHMAD BASHAH MD HANIFAH, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO KEDAH telah mengadakan sidang akhbar meminta YAB Perdana Menteri melakukan perubahan pucuk pimpinan Negeri KEDAH yang dilihat gagal menggerakkan jentera parti khususnya UMNO serta menjana ekonomi Negeri.

Hadirin seramai 100 orang terdiri daripada Jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri KEDAH termasuk Ketua-Ketua Sayap PWUMNO, PPUMNO, Puteri UMNO Negeri KEDAH dan majoriti wakil rakyat UMNO di Negeri KEDAH. Diantara tokoh yang dikenali hadir ialah:-

Dato GHAZALI bin IBRAHIM-Tim. KUB Padang Terap /Setpol Menteri kewangan

Dato JOHARI BAHAROM-KUB Kbg Pasu

Dato AZEEZ bin RAHIM – KUB Baling

Dato JAMIL KHIR bin BAHAROM – KUB Jerai / Menteri di JPM

Dato ROZAI bin SHAFIAN-KUB Pendang

Datin Norashimah bt Md Nowar – Ketua Puteri KEDAH

Dato SHAIFUL AZIZY bin ZAINAL ABIDIN- Ketua PPUMNO KEDAH

iDato MAZNAH bt ABD HAMID- Ketua PWUMNO KEDAH.

Ucapan Dato Seri AHMAD BASHAH

seluruh pimpinan dan wakil rakyat UMNO KEDAH berhimpun untuk menyatakan bahawa kami hilang kepercayaan ke atas kepimpinan Dato Seri MUKHRIZ sebagai MB dan pengerusi perhubungan UMNO KEDAH.

kegagalan beliau untuk menyatupadukan UMNO dan Jentera Parti di semua peringkat Negeri KEDAH

Tiada sebarang perancangan yang strategik oleh UMNO untuk menghadapi PRU ke 14.

Sebagai MB KEDAH beliau juga gagal untuk urustadbir kerajaan negeri.

Sebab itu kami berhimpun untuk merayu dan membuat permohonan kepada Perdana Menteri untuk menukar MB KEDAH dan Pengerusi Perhubungan Negeri KEDAH.

Kami berharap PM akan segera mengambil tindakan terhadap perkara ini, demi menjaga parti dan rakyat di Negeri KEDAH dan kita juga akan menyokong sebarang keputusan yang akan diambil oleh YAB. Perdana Menteri.

Kesemua Ketua UMNO Bahagian telah hadir kecuali JERLUN manakala PADANG TERAP akan diwakili oleh Dato Seri GHAZALI IBRAHIM kerana Dato Seri MAHDZIR KHALID berada di LONDON. Manakala turut dikesan hadir ialah Dato AZMI DAIM – Setpol MB KEDAH dan PIJA DAN ANAS – Pegawai Khas MB. Kehadiran mereka ini dipercayai bahawa untuk memantau keadaan. Setelah selesai kenyataan media tiada sebarang sesi soal jawab.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.