Ahli Parlimen BN Diajak Sokong Anwar PM-8, Zahid TPM

GERAKAN MENYOKONG ANWAR DALAM UMNO SUDAH BERMULA?

Oleh Dr Kmarul Yusoff

Saya menonton bual bicara live veteran UMNO, Datuk Zaharin Mohd Yasin, malam tadi yang menjelaskan pertemuan selama 25 minit antara beliau dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tengahari sebelumnya.

Walaupun Datuk Zaharin tiada jawatan tinggi dalam UMNO, tetapi beliau tidak boleh diperkecilkan kerana pengalaman luas beliau dalam dunia politik serta hubungan rapat beliau dengan sesetengah pemimpin.

Tema pertemuan dan bual bicara Datuk Zaharin ini adalah pernyataan sokongan Datuk Zaharin dan gesaan beliau kepada pemimpin UMNO untuk menyokong Datuk Seri Anwar sebagai Perdana Menteri.

Datuk Zaharin antara lainnya menyatakan:

(1) Jika Ahli-Ahli Parlimen UMNO memihak kepada Tun Dr Mahathir untuk menubuhkan kerajaan baru bukan sahaja mereka menggali lubang kubur untuk diri mereka tetapi UMNO itu sendiri akan masuk ke lubang kubur.

(2) Kerjasama Datuk Seri Anwar dengan UMNO selain akan membolehkan Datuk Seri Anwar menjadi Perdana Menteri juga akan membolehkan Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid, menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Datuk Zaharin juga banyak menyerang Tun Dr Mahathir dan BERSATU, termasuklah dengan antara lainnya mendakwa:
(1) “Mahathir jadi lembu kepada DAP” dan “DAP dapat menglembukan BERSATU”.
(2) “Tan Sri Vincent Tan finance ARMADA” dan “Tan Sri Vincent Tan banyak bantu aktiviti-aktiviti BERSATU”.

Datuk Zaharin juga menjangkakan bahawa “kemungkinan Muafakat Nasional akan terkubur kerana tindakan Haji Hadi membawa 18 Ahli Parlimennya menyokong Mahathir”.

Paling menarik adalah pendedahan Datuk Zaharin bahawa Datuk Seri Anwar dalam pertemuan dengan beliau memberikan sebab kenapa PAS menyokong Tun Dr Mahathir.

Ini kata-kata Datuk Zaharin: “Mengikut Anwar Ibrahim dalam percakapan dia, dia kata Haji Hadi kena menyokong Mahathir, takut beberapa kes yang berlaku.”

Soalnya betulkah Datuk Seri Anwar berkata begitu mengenai PAS kepada Datuk Zaharin?

Jika betul, pasti ramai yang mahu tahu apakah kes-kes yang didakwa mengikat PAS ini?

Jika Datuk Seri Anwar tidak dapat jelaskan kes-kes ini maka ia sudah dikira tuduhan liar.

Kita lihat dahulu jika ada reaksi mana-mana pihak ke atas kenyataan Datuk Zaharin ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.