Menteri UMNO Wajib Letak Jawatan

SIKAP sombong UMNO kelihatan masih kekal walaupun sudah dirotan oleh rakyat dalam pilihan raya umum ke-14 ada 10 Mei 2018,

Kesombongan itu mungkin berpunca daripada kekayaan material yang pipunyai oleh kebanyakan pembesar-pembesar UMNO sejak dulu sehingga sekarang hinggakan hampir tidak ada ketuan bahagian di akar umbi yang tidak jutawan.

Jika ada yang bukan jutawan mungkin kerana baru terlibat dalam UMNO kerana struktur UMNO memestikan ketua untuk menghulurkan ‘petrol’ untuk untuk jentera.

Terbaru, UMNO memberi tekanan kepada kerajaan PN dengan memberi kata jelas tidak akan bekerjasama dengan kerajaan PN dalam PRU-15 tetapi setia menyokong PN selagi mendapat jawatan Menteri sehingga PRU-15.

Pemimpin Veteran UMNO, Tunku Razaleigh Hamzah mengingatkan khususnya mereka yang masih bersandar dengan PN supaya terus meletak jawatan.

“Nasihat ikhlas saya kepada semua ahli-ahli Umno yang berada dalam kerajaan dan GLC (syarikat berkaitan kerajaan), Muhyiddin dah ugut hendak buang kita.

“Tunggu apa lagi, berhenti segera dan jaga maruah diri dan maruah parti Umno,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menteri dari UMNO masih ada pilihan sebenarnya sama ada berhenti dari jawatan Menteri supaya tidak dilihat rakyat sebagai mereka yang tamak, tetapi berpeluang untuk memilih parti lain yang sama ideologi – BERSATU.

Tidak ada beza sangat di antara UMNO dengan BERSATU kerana ideologinya sama dan pemimpinnya pun hampir sama yang boleh dianggap BERSATU sebagai UMNO BARU, berbanding UMNO LAMA.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.