Empat Bulan 5 Universiti Awam Tiada Naib Canselor

Pada bulan Jun lalu, Presiden Cuepacs, Abdul Rahman Mohd Nordin menegur Kementerian agar mempercepatkan lantikan Naib Canselor di Lima Universiti Awam bagi membolehkan universiti dapat beroperasi sebaiknya untuk mencapai visi dan misi penubuhan universiti.

Kekosongan jawatan itu membabitkan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Selepas teguran itu, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad terus melantik kelima-lima Naib Canselor berkenaan di UPSI, Unimap, UiTM, UMT dan UPM.

Sekarang ini, lagi lima Universiti kekosongan Naib Canselor dan apakah terlalu sukar untuk melantik seorang Naib Canselor Universiti?

Lima universiti yang tiada pemimpin tertinggi universiti iaitu di Univerditi Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu (UNISZA), Universiti Utara Malaysia (UUM), Univeriti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Utem).

Sudah lima bulan tidak dilantik Naib Canselor kepada Universiti berkenaan, menyebabkan banyak perkara dan keputusan dasar pengurusan termasuk kebajikan pelajar terabai.Lima universiti berkenaan hanya dilantik Timbalan Naib Canselor yang menjalankan fungsi Naib Canselor.

Yang peliknya sebahagian universiti berkenaan Naib Canselornya dipendekkan tempoh kontrak sebagai Naib Canselor tetapi tidak juga dilantik pengganti baru!

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.