KJ Akan Rujuk TMJ Mengenai 4 Pemainnya Keluar Dari Harimau Malaysia

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan menghubungi pengurusan Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi mengetahui perkara sebenar berkaitan persaraan tiga pemain pasukan itu daripada Harimau Malaysia.
tmj8

Bercakap kepada media selepas menghadiri sambutan Aidilfitri Paralimpik Malaysia di sini, sebentar tadi, beliau menyifatkan ia adalah satu perkembangan serius yang boleh memberi kesan kepada pasukan bola sepak kebangsaan.

“Saya melihat kenyataan dibuat oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim baru-baru ini berikutan kecederaan beberapa pemain JDT mungkin mendorong keputusan (persaraan) dibuat pemain.

“Saya akan cuba hubungi JDT untuk fahami maksud kenyataan TMJ. Sekiranya boleh kita akan lihat bagaimana ia boleh dielakkan.

“Bagaimanapun saya minta jangan menghukum mana-mana pihak berkaitan perkara ini kerana saya lihat banyak perkara negatif dalam media sosial ketika ini,” katanya.
kj

KUALA LUMPUR, 4 Ogos -- Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berucap pada Perasmian Malaysian National Basketball League( NBL) Asia Sdn Bhd di Gem-In Mall, Kuala Lumpur, Selasa.    -- fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR, 4 Ogos — Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berucap pada Perasmian Malaysian National Basketball League( NBL) Asia Sdn Bhd di Gem-In Mall, Kuala Lumpur, Selasa.
— fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA


Khairy menjelaskan, tugas beliau ialah mencari penyelesaian terhadap isu dibangkitkan TMJ dan sekiranya ia dapat diatasi, pasukan bola sepak kebangsaan boleh memilih pemain terbaik untuk Kejohanan AFF hujung tahun ini.

Pada Selasa lalu, kapten Harimau Malaysia, Safiq Rahim dan pertahanan tengah, Aidil Zafuan Abdul Radzak mengambil keputusan untuk bersara daripada mewakili pasukan bola sepak kebangsaan. Ia diikuti seorang lagi pemain JDT, S Kunanlan, hari ini. – BH Onlinr

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.